Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lon.cat] | ملونچت

Definisi : 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lon.cat] | ملونچت

Definisi : 1 bergerak dgn mengangkat kedua-dua atau kesemua kaki serentak; melompat: katak ~. 2 beralih kedudukan; meningkat tinggi: Harga gula telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meloncat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dappinglontar loncatPerikananTiadaTeknik melontar umpan serangga yang kelihatan seperti meloncat-loncat di atas permukaan air. Pada mulanya, umpan serangga dilontar ke satu posisi di bahagian atas arus dan dibiarkan hanyut untuk beberapa saat dan kemudiannya disentap dan dibiarkan selama beberapa saat sehingga tali pancing hanyut ke bawah arus.

Kembali ke atas