Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[me.lon.tar.kan] | ملونترکن

Definisi : menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan: ia ~ puntung rokok­nya ke tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lon.tar.kan] | ملونترکن

Definisi : menggunakan sesuatu utk dilemparkan; melemparkan; membalingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melontarkan

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
voice projectionlantun suaraKesenianDrama dan TeaterKeupayaan melontarkan suara oleh seseorang pelakon dalam persembahan drama. Lontaran tersebut perlu disesuaikan berdasarkan situasi cerita dan keadaan dalam panggung.
brainstormingsumbang saranPentadbiranPentadbiran Awam

 Sesi perbincangan yang memberi ruang kepada perserta melontarkan idea masing-masing untuk mendapat sesuatu keputusan. Ia tidak menyekat perserta melahirkan apa sahaja idea bagi mengelak sebarang batasan pemikiran. Sumbang saran sering dilakukan untuk mendapat suatu jalan bagi mengadakan suatu projek yang besar. Sinonim percambahan minda.

close ended question in counselingsoalan tertutup dalam kaunselingPsikologiPsikologi UmumSalah satu teknik melontarkan soalan kepada klien dengan menggunakan format binari atau pelbagai pilihan. Contoh soalan tertutup ialah �Adakah anda pernah berjumpa dengan kaunselor selepas kejadian ini berlaku?� Kadangkala, bagi mendapatkan fakta yang lebih tepat klien diminta untuk memberikan pandangan dan perasaan mereka pada ketika itu. Contohnya, pertanyaan seperti �Adakah suami anda bekerja kuat?� Jawapan yang perlu diberikan oleh klien bagi soalan seperti ini ialah sama ada �Ya� atau �Tidak�.

trade-a-problemjual masalahPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan untuk membina soalan serta masalah dan kemudiannya melontarkan masalah tersebut kepada kumpulan lain untuk diselesaikan.
ripplesair berkocakPerikananTiadaKeadaan permukaan air yang berolak atau berombak akibat tiupan angin, pergerakan ikan di bawah permukaan air, atau ikan yang menyambar serangga atau anak-anak ikan. Situasi ini menjadi tarikan kepada pemancing untuk melontarkan tali kail ke sasaran.
victim precipitationdorongan mangsaKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau keadaan apabila seseorang individu mendorong pelaku melakukan jenayah secara aktif atau pasif terhadapnya. Contohnya, seorang wanita yang memakai barang kemas yang berlebihan sehingga mendorong peragut. Contoh lain ialah seorang lelaki melontarkan kata-kata kesat kepada sekumpulan samseng sehingga dirinya dibelasah oleh kumpulan tersebut.
double haul castlempar serek bergandaPerikananTiadaKaedah melontar tali joran dengan cara mengendur, melepas dan merembat ke arah belakang, dan seterusnya merembat semula ke arah hadapan pada tahap kelajuan yang tinggi. Pada masa yang sama, tali yang dikendurkan akan dilepaskan. Kaedah ini berupaya melontarkan tali pancing ke jarak yang lebih jauh.

Kembali ke atas