Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.pus.kan] | ملوڤوسکن

Definisi : menghapuskan, meniadakan: dgn hormatnya dimaklumkan bahawa alat perkakas, kerusi meja spt yg tersebut di bawah telah dilupuskan atau dihapus kira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melupuskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lapse noticenotis lupusinsuransTiadaNotis daripada insurer kepada insured untuk melupuskan polisi insuransnya apabila polisi tersebut tidak berkuat kuasa lagi disebabkan insured tidak membayar premium pembaharuannya atau insurer tidak ingin memperbaharui polisi tersebut.
murder victim concealmentpenyembunyian mangsa bunuhKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan seseorang yang menyembunyikan mangsa bunuh bagi melupuskan bahan bukti dan mengelakkan liabiliti jenayah. Antara cara yang digunakan adalah dengan cara menyorokkan, menanam, membakar dan meletupkan mangsa.
green chemistrykimia hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk produk dan proses kimia yang boleh mengurangkan atau melupuskan penggunaan atau penjanaan bahan berbahaya terhadap manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.
green buildingbangunan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStruktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum.

Kembali ke atas