Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.cu] | مماچو

Definisi : 1. menggesa (kuda) dgn menusuk­kan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumba­kan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (eko­nomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.cu] | مماچو

Definisi : 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga, Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. 3 menggerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dsb dgn lebih cepat atau pesat; memesatkan: Beberapa strategi telah dilaksanakan utk ~ pertumbuhan ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pacu (kata nama)
Bersinonim dengan taji, susuh, sungga;,
Kata Terbitan : berpacu, memacu, pemacuan,

Puisi
 

Cik Ali memacu kuda,
     Jangan diregang tali ragam;
Asal matahari matahari juga,
     Bulan terbit terangkan alam.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
driving shaftaci memacuKejuruteraanTiadaTiada
mean driving forcedaya memacu minKejuruteraanTiadaTiada
jettingpemancutanKejuruteraanTiada1. Kaedah memacu cerucuk ke dalam pasir dengan menggunakan jet air untuk memecahkan tanah,lebur semasa pengacuan plastik, dari get saiz kurang atau keratan nipis ke dalam keratan acuan yang lebih tebal.
drive shaftaci pacuKejuruteraan AutomotifTiadaAci yang memacu dan menghubungkan satu bahagian dengan yang lain.
camsesondolMekanikGunaanUnsur mesin yang digunakan untuk memacu suatu unsur lain, yang dinamai ‘pengikut’, melalui gerakan yang telah ditentukan dan dengan sentuhan langsung [Rajah S3]. Sesondol dikelaskan berdasarkan bentuk asalnya; misalnya sesondol plat (yang juga dinamai sesondol cakera atau sesondol jejarian), sesondol baji, sesondol silinder (atau ‘sesondol tong’), dan sesondol hujung (atau ‘sesondol muka’). SILA RUJUK RAJAH DI M/S 175 RAJAH S3
differentialpembezaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMekanisme yang memacu kedua-dua roda pada gandar belakang yang membolehkan salah satu roda berputar lebih laju semasa melalui selekoh.
pulserpendenyutKejuruteraanTiadaPenjana denyut mudah yang digunakan untuk memacu litar-litar terkawal denyut.
overdriven amplifierpenguat terpacu lebihKejuruteraanTiadaPenguat yang isyarat memacu bernilai lebih daripada yang boleh diterima untuk kendalian.
drive shaftaci pacuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAci yang memacu dan menghubungkan satu bahagian dengan yang lain.
prime moverpenggerak utamaTeknikElektrikEnjin, turbin atau roda air yang memacu atau mengendalikan penjana.
123456

Kembali ke atas