Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.da.i] | مماداءي

Definisi : mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.da.i] | مماداءي

Definisi : dpt mengisi atau dpt memenuhi kehendak dll; mencukupi: Segelen minyak petrol tidak ~ keperluan utk menghidupkan enjin kapal terbang yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pada2
Kata Terbitan : berpada, berpada-pada, memadai, memadakan, memada-madakan,

Peribahasa

Berteduh di bawah betung.

Bermaksud :

Mendapat pertolongan yang tidak memadai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
minimum viable product (MVP)produk berdaya maju minimumTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu teknik pembangunan produk atau tapak web e-pembelajaran baharu dengan ciri-ciri minimum, tetapi memadai untuk pengguna awal kepada produk tersebut.
Good Collection Practices (GCP)Amalan Pengumpulan Baik (GCP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP.

Kembali ke atas