Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ha.mi] | ممهمي

Definisi : 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ha.mi] | ممهمي

Definisi : 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memahami


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interpretationtafsiranKesusasteraanTiadaPemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud �memberi makna�. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika.
empathyempatiKesusasteraanTiadaDaya menyelami dan memahami perasaan orang lain. Daya ini berlaku apabila pengarang atau pembaca menenggelamkan dirinya dalam pengalaman, perasaan dan sensasi yang dialami oleh objek yang ditulis atau dibaca, sama ada objek tersebut manusia, binatang, dan barang yang tidak bernyawa. Istilah ini diilhamkan oleh Hermann Lotze dari Jerman dalam tulisannya Microcosmus (1858) untuk membezakannya daripada simpati yang bermaksud perkongsian perasaan. Simpati bermakna terhenti, bersetuju dan membenarkan perkongsian perasaan tersebut, manakala empati melibatkan penyatuan diri dengan perasaan itu seterusnya bersemadi dengannya. Empati berasal daripada perkataan Jerman einfuhlung yang bermaksud �masuk merasakan� atau �turut merasakan�.
empathyempatiKejururawatanTiadaDaya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.
speech awarenesskesedaran pertuturanSains KesihatanTiadaKesedaran memahami bunyi bahasa dan pertuturan.
psychodynamic formulationrumusan psikodinamikPerubatanPsikiatriKesimpulan untuk memahami tingkah laku individu dengan mengambil kira pemahaman tentang konflik sedar dan tidak sedar.
sensemakingpengungkapan maksudUmumTiadaTindakan atau proses untuk memahami atau memberi makna kepada sesuatu, terutamanya terhadap perkembangan dan pengalaman baharu.
aphasiaafasiaPerubatanPsikiatriKeadaan seseorang yang tidak berupaya untuk memahami atau mengungkapkan sesuatu ujaran disebabkan oleh penyakit atau kecederaan pada otak.
multimodalitymultimodalitiSains KesihatanTiadaPenggunaan lebih daripada satu deria untuk memahami atau menerima maklumat.
articulation indexindeks sebutanSains KesihatanTiadaIndeks yang menunjukkan kebolehan individu memahami pertuturan dalam suasana bising.
psychodynamic assessmentpenilaian psikodinamikPerubatanPsikiatriPentaksiran yang dilakukan terhadap individu untuk memahami tingkah laku dengan mengambil kira pemahaman tentang konflik sedar dan tidak sedar.
12345

Kembali ke atas