Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ju.kan] | مماجوکن

Definisi : 1. menyorong (menolak, meng­gerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkem­bangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ per-usahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. men­jadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ju.kan] | مماجوکن

Definisi : 1 menggerakkan atau menjalankan ke hadapan; menyorong ke hadapan; memarakan. 2 membuat supaya menjadi maju; menjadikan lebih baik atau lebih sempurna; memperbaik: Banyak sekali wang yg dikeluarkan utk ~ ilmu pengetahuan dan kesenian. 3 membawa sesuatu usul dll kpd pihak tertentu; mengemukakan: Mereka telah ~ tuntutan-tuntutan mereka kpd pihak majikan melalui kesatuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,

Peribahasa

Berketuk (= berkotek) di luar sangkar,
     bertanam di luar pagar.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
destination area developmentpembangunan kawasan destinasiPelanconganTiadaUsaha untuk memajukan sesuatu destinasi pelancongan melalui perancangan dan pelaksanaan pelan induk.
development planningperancangan pembangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses menyediakan rancangan pembangunan untuk memajukan sesuatu kawasan.
community action planrancangan tindakan komunitiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu program pembangunan yang disediakan oleh masyarakat untuk memajukan sesuatu kawasan.
Certification Commission for Healthcare Information Technology (CCHIT)Suruhanjaya Pensijilan Teknologi Maklumat Kesihatan (CCHIT)Teknologi Maklumate-KesihatanBadan pensijilan dan pengujian yang ditubuhkan bertujuan untuk memajukan teknologi maklumat kesihatan. CCHIT menawarkan program pensijilan yang berkaitan dengan rekod kesihatan elektronik (EHR) dan juga rangkaian yang digunakan.
Council for International Organization of Medical Science (CIOMS)Majlis Organisasi Antarabangsa Sains Perubatan (CIOMS)HerbaPeraturan dan PemasaranOrganisasi yang ditubuhkan oleh WHO dan UNESCO untuk memajukan kesihatan awam melalui bimbingan penyelidikan yang berkaitan dengan kesihatan termasuk etika, pembangunan dan keselamatan produk perubatan. Menurut Garis Panduan untuk Permohonan Lesen Import Ujian Klinikal dan Pengecualian Ujian Klinikal Di Malaysia, kesan mudarat produk herba hendaklah dilaporkan dengan menggunakan borang CIOMS.
political developmentpembangunan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah masyarakat yang sudah mencapai satu tahap yang baik atau matang. Politik yang maju sering dilihat sebagai memuaskan hati rakyat, dapat memelihara hak dan kepentingan orang ramai, berupaya memajukan ekonomi negara serta sentiasa dapat memelihara kestabilan dan keamanan. Dalam persoalan ini, timbul perdebatan mengenai negara yang lebih matang tahap politiknya. Bagi negara demokrasi, mereka mendakwa lebih matang dalam politik begitu juga dengan negara sosialis dan komunis yang mendakwa sedemikian. Contohnya, pembangunan politik negara-negara Scandinavia sangat pesat dan tinggi. Sinonim kemajuan politik.
electrochemistryelektrokimia (ilmu)FizikNanoteknologiSubbidang kimia yang berkaitan dengan perubahan sifat kimia hasil daripada pengaliran arus elektrik atau sebaliknya. Perubahan sifat kimia dapat menghasilkan arus elektrik. Sifat kimia ini berlaku pada bahan elektrolit dan bidang ini digunakan untuk memajukan sel atau bateri kimia.

Kembali ke atas