vegetarian | vegetarian | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Seseorang yang hanya memakan hasil-hasil tumbuhan dan tidak memakan daging atau hasil-hasil haiwan atas sebab-sebab kesihatan, agama atau kemanusiaan. Terdapat juga vegetarian yang memakan beberapa haiwan seperti ikan, susu, telur, dan mentega kerana hasil-hasil ini tidak melibatkan penyembelihan. |
carnivore | karnivor | Biologi | Ekologi | Haiwan yang memakan haiwan lain. Misalnya, cicak memakan serangga. Bandingkan herbivor. |
monophagous | monofagus | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan herbivor yang memakan hanya satu spesies tumbuhan sahaja. Misalnya, ulat daun, Hipsyphya robusta yang memakan daun pokok surian wangi, Toona sureni. Bandingkan oligofagus. |
herbivore | herbivor | Perikanan | Tiada | Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Haiwan jenis ini mempunyai usus yang panjang. Contohnnya, ikan kaloi dan lampam jawa yang memakan fitoplankton, rumpai dan lumut. |
mycotoxicosis | mikotoksikosis | Biologi | Patologi | Penyakit pada manusia dan, atau haiwan akibat memakan bahan makanan yang tercemar mikotoksin tertentu. Contohnya ialah penyakit aleukia toksik saluran pencernaan (ATA) manusia akibat memakan makanan yang dijangkiti Fusarium sp. |
phagocyte | fagosit | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1.Korpusel darah putih berbentuk seperti ameba yang memakan zarah-zarah asing, terutama sekali bakteria. 2. Sel akar yang nukleusnya bercopeng atau berlobus dan boleh memakan filamen kulat endotrof. |
timid feeder | pemakan kumat-kamit | Perikanan | Tiada | Ikan yang mempunyai tabiat memakan makanan secara perlahan-lahan dan tidak gelojoh, serta mempunyai sifat pengecut. Ikan yang mempunyai tabiat seperti ini terdiri daripada jenis herbivor yang memakan daun, rumput atau menapis makanan dari dasar yang berpasir. Ikan ini mempunyai mulut yang kecil, menyebabkannya amat sukar dipancing. Contohnya, ikan telinga gajah. |
book-louse | kutu buku | Biologi | Entomologi | Serangga berbadan lembut, bersesungut panjang bak benang, dan bersayap kecil. Serangga ini memakan pelekat buku lama yang telah kering, tetapi genus-genus lain yang serupa dengan kutu ini ditemukan di luar rumah dan memakan daun dan sebagainya. |
Japanese beetle | kumbang Jepun | Biologi | Entomologi | Kumbang dalam famili Scarabaeidae yang biasanya terdapat di timur Asia dan merupakan serangga perosak tumbuh-tumbuhan rumput dan bijirin. Larvanya memakan bahagian akar, manakala serangga dewasa memakan daun, bunga dan buah. |
termites | anai-anai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Serangga dalam order Isoptera yang merupakan kumpulan perosak kayu yang utama di kawasan tropika. Anai-anai memakan bahan lignoselusosa, terutamanya kayu,. Terdapat tiga kumpulan anai-anai, iaitu anai-anai kayu kering yang digunakan di bahagian atas tanah, anai-anai kayu lembap yang memakan kayu basah, dan anai-anai tanah yang memakan kayu yang bersentuhan dengan permukaan tanah. |