assumption | andaian | Ekonomi | Tiada | Pernyataan yang dianggap benar dan dijadikan asas pembinaan teori. Misalnya, pembinaan teori pasaran berasaskan andaian bahawa pengguna dan pengeluar berkelakuan rasional. Pengguna diandaikan memaksimumkan utiliti, manakala pengeluar diandaikan memaksimumkan keuntungan. Kese- luruhan teori ekonomi teori ekonomi menggunakan andaian ceteris paribus, iaitu hal-hal lain tidak berubah. |
hypermiling | penjimatan bahan api | Pengangkutan | Tiada | Cara untuk memaksimumkan penjimatan bahan api sebuah kenderaan bermotor, terutamanya melalui teknik pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan. |
utilitarianism | utilitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan faedah atau utiliti. Pendukung fahaman ini akan cuba memaksimumkan keuntungan atau keseronokan serta meminimumkan kerugian atau kos dalam setiap tindakan dan dasar. Setiap dasar atau tindakan dilakukan secara berhemah supaya matlamat ini tercapai. Keutamaan dalam pemikiran ini ialah kepentingan tercapai dengan kos yang minimum. Antara sarjana yang mendukung fahaman ini ialah Jeremy Bentham, John Stuart Mill dan Thomas Hobbes. |
appropriate technology | teknologi wajar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Teknologi pembangunan yang disesuaikan kepada keperluan tempatan dan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan. |
computronium | komputronium | Fizik | Nanoteknologi | Bahan berhipotesis yang direka bentuk menggunakan nanoteknologi terhadap atom, molekul atau bintik kuantum untuk memaksimumkan proses pengkomputeran. |
pinch analysis | analisis jepitan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah reka bentuk sesuatu proses berdasarkan prinsip termodinamik untuk meminimumkan penggunaan tenaga dan memaksimumkan perolehan semula tenaga. |
process optimization | pengoptimuman proses | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Peraturan yang diselaraskan untuk menyesuaikan beberapa set parameter bagi mengoptimumkan sesuatu proses tanpa melampaui halangan. Pengoptimuman proses bertujuan untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil atau kecekapan proses. |
water pinch analysis | analisis jepitan air | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah sistematik yang digunakan untuk mengurangkan penggunaan air dan penjanaan air sisa melalui gabungan proses atau aktiviti penggunaan air. Analisis jepitan air digunakan untuk memaksimumkan penggunaan semula air dan meminimumkan penghasilan air sisa. |
low dead-volume syringe | picagari sifar larutan | Perubatan | Tiada | Sejenis picagari sifar pembaziran apabila jarum suntikan yang mempunyai saiz hab (penghubung antara picagari dan jarum) minimum dapat mengeluarkan kesemua larutan vaksin daripada picagari dan masuk ke dalam badan manusia sepenuhnya. Picagari ini dapat memaksimumkan jumlah dos yang boleh dihasilkan daripada sebotol vial (bebuli) vaksin sekali gus dapat mengelakkan pembaziran vaksin berbanding picagari biasa berikutan tiada jumlah larutan yang akan tertinggal di dalam picagari dan jarum selepas suntikan. |
biomechanics | biomekanik | Sains Sukan | Biomekanik | Disiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik. |