Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.lu.kan] | ممالوکن

Definisi : 1. memberi malu, menyebab­kan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.lu.kan] | ممالوکن

Definisi : menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malu (adjektif)
Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;,
Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emotional abusependeraan emosiKejururawatanTiadaPenganiayaan perasaan dengan cara yang negatif seperti membenci, menghina dan memalukan seseorang.
free associationperkaitan bebasPsikologiPsikologi UmumTeknik psikoanalisis yang memberi kebebasan kepada klien untuk menyatakan perkara yang dirasai dalam pemikirannya tanpa mengambil kira sama ada hal tersebut memalukan atau menyakitkan hati. Pemikiran seseorang klien akan dibiarkan mengalir bagai arus tanpa halangan supaya segala pemikiran dan perasaan yang ingin disembunyikan atas sebab tertentu boleh dilahirkan dengan baik dan jelas. Teknik ini merupakan salah satu teknik asas yang digunakan oleh Freud untuk menyelami dasar neurosis yang dialami oleh seseorang klien.
biographical criticismkritikan biografiKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan

Kembali ke atas