Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mam.pat.kan] | مممڤتکن

Definisi : menumpatkan, memadat­kan, mengasak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mam.pat.kan] | مممڤتکن

Definisi : membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mam.pat.kan] | مممڤتکن

Definisi : membuat supaya mampat; menjadikan mampat: Dia ~ kandungan peti itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat;,
Kata Terbitan : memampatkan, kemampatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reductionismreduksionismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang berpegang kepada pemikiran yang memampatkan sesuatu pemikiran atau prosedur kepada keadaan yang lebih ringkas dan padat. Idea ini melihat sesuatu pemikiran itu sebenarnya mengandungi beberapa entiti idea yang lebih kecil bergabung bersama membentuk pemikiran tersebut. Pendukung fahaman ini memudahkan pemahamannya dengan melihat kepelbagaian secara simplistic iaitu memudahkan pemerhatian.
air pumppam udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk memampatkan udara dalam sistem pancitan udara. Udara yang termampat ini digunakan untuk mengawal pancaran ekzos.
piston ring compressorpemampat gelang ombohKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk memampatkan gelang omboh masuk ke dalam pengalur gelang omboh supaya omboh dan gelang omboh boleh dipasang ke dalam silinder enjin.
compressorpemampatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKomponen yang terdapat dalam sistem penyaman udara yang digunakan untuk memampatkan wap bahan pendingin supaya tekanan dan suhu meningkat.
piston crownmahkota ombohKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian teratas omboh yang bentuknya bergantung kepada jenis enjin, nisbah mampatan dan tatarajah injap. Mahkota ini berfungsi untuk memampatkan campuran udara-bahan api semasa lejang aruhan, menyediakan permukaan untuk me- nerima beban tekanan akibat pembakaran semasa lejang kuasa serta menolak keluar gas ekzos selepas terbakar semasa lejang ekzos. Sinonim kepala omboh.
pumping losskehilangan pengepamanKejuruteraan AutomotifEnjinSebahagian kuasa enjin yang digunakan untuk proses mengepam dalam kitaran enjin. Proses mengepam ini menggunakan kuasa enjin ketika lejang masukan menyedut campuran udara- bahan api ke dalam kebuk pembakaran, lejang mampatan memampatkan campuran tersebut dan lejang ekzos menolak hasil pembakaran keluar. Ketiga-tiga proses ini menggunakan kuasa yang sama, dihasilkan semasa lejang pembakaran. Proses tersebut dapat mengurangkan kuasa sebenar yang dipindahkan ke aci engkol.

Kembali ke atas