luminophore | luminofor | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahan yang memancarkan cahaya pada suhu bilik.,2. Sekumpulan atom yang dapat membuatkan sebatian pendarkilau. |
radiator | radiator | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mana-mana peranti, unit, atau permukaan yang memancarkan haba, terutamanya dengan sinaran, kepada objek-objek yang berada di ruang tempat ia ditempatkan.,2. Sebahagian daripada sistem penyejukan enjin yang melaluinya haba pembakaran yang berlebihan dibuang ke atmosfera melalui perolakan paksa menggunakan cecair yang beredar.,3. Peranti untuk memanaskan bahagian dalam kenderaan sebagai sebahagian daripada sistem pemanasan kenderaan.,4. Mana-mana bahagian antena yang memancarkan gelombang elektromagnet. |
radiator | radiator | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mana-mana peranti, unit, atau permukaan yang memancarkan haba, terutamanya dengan sinaran, kepada objek-objek yang berada di ruang tempat ia ditempatkan. |
monochromatic | monokromatik; monokromat; monokrom | Geologi | Tiada | 1. Berhubung dengan warna suatu permukaan yang memancarkan cahaya berjulat panjang gelombang yang sangat kecil.,2. Terdiri daripada sinaran elektromagnet berjulat panjang gelombang yang sangat kecil, atau zarah berjulat tenaga yang sangat kecil. |
cathode | katod | Teknik | Elektrik | 1. Bahagian elektrod tempat arus masuk dalam sel yang berkeupayaan negatif. 2. Bahagian pangkalan negatif voltan bekalan. 3. Pangkalan komponen yang disambungkan ke pangkalan negatif bekalan. 4. Bahagian yang memancarkan elektron dalam tiub vakum atau tuib elektron. 5. Bahagian separuh pengalir jenis N dalam diod simpang atau penerus terkawal silikon. |
condenser | pemuat; pemeluwap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Peranti dalam litar primer sistem pencucuh yang bersambung secara selari dengan titik sentuh. (2) Bahagian dalam sistem pendingin udara yang memancarkan haba terkumpul daripada penyejat ke kawasan sekeliling. |
screen-wall | dinding skrin | Kesenian | Seni Bina | 1. Dinding boleh ubah atau tetap, terutamanya daripada binaan berbingkai yang direka untuk membahagi, menutup atau melindungi sesuatu ruang. 2. Dinding yang digunakan sebagai dinding latar untuk memancarkan projektor. |
tritium | tritium | Kimia | Tiada | Isotop unsur hidrogen, simbol T atau H-3, nombor atom 1, berat atom 3.016 dan mempunyai satu proton dan dua neutron di dalam nukleus atomnya, radioaktif, dan diperoleh daripada pembedilan litium-6 dengan neutron bertenaga rendah. Isotop ini mengalami reputan dengan memancarkan sinaran beta bertenaga rendah lalu membentuk helium-3. Setengah hayat tritium ialah 12.5 tahun. Tritium digunakan sebagai penyurih radioaktif dalam penyelidikan tindak balas kimia. |
neutron | neutron | Fizik | Atom dan Nuklear | Zarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 ± 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 ± 1.3 s dan mereput dengan memancarkan b- . |
curium | kurium | Kimia | Tiada | Unsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB jadual berkala, simbol Cm, nombor atom 96, berat atom 247, nombor pengoksidaan +3, takat lebur 1340oC, berbentuk logam berwarna putih perak yang reaktif dan memancarkan sinar alfa. Isotop radiaktifnya yang paling stabil, iaitu Cm-247, mempunyai setengah hayat 1.6 x 107 tahun. Kurium diperoleh daripada pembedilan amerisium dengan neutron dan digunakan untuk penjanaan kuasa termoelektrik. |