Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.cung] | ممنچوڠ

Definisi : memenggal, mengerat (kepala, leher, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.cung] | ممنچوڠ

Definisi : memotong dgn pedang tajam dll yg diayun kuat-kuat: Penyeludup-penyeludup itu telah ~ rakan mereka yg membocorkan rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancung
Kata Terbitan : memancung, terpancung,

Peribahasa

Mengebat tidak erat,
     memancung tidak putus.

Bermaksud :

Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.

Kembali ke atas