data mining algorithm | algoritma perlombongan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Algoritma yang berfungsi untuk mengeluarkan pola terlindung daripada data. Memandangkan arah aliran jumlah data yang bertambah dua kali ganda pada setiap tiga tahun, maka semakin banyak data yang akan dikumpulkan. Oleh itu, perlombongan data menjadi semakin penting untuk menukar data kepada maklumat. Algoritma ini biasanya digunakan secara meluas dalam amalan pemprofilan seperti pemasaran, pengesanan penipuan dan penemuan saintifik. Perlombongan data boleh diaplikasikan terhadap set data dalam sebarang saiz. |
alkaline water | air beralkali | Biologi | Ekologi | Air yang pHnya melebihi 7. Penentuan kealkalian air sangat penting dalam kajian ekologi memandangkan taburan dan kelimpahan sesuatu spesies bergantung pada kealkalian. Misalnya, siput biasanya melimpah di kawasan yang kealkaliannya tinggi. |
gastric emptying rate | kadar pengosongan gastrik | Farmasi | Farmaseutik | Kadar pergerakan sesuatu drug berserta kandungan usus meninggalkan perut dan memasuki duodenum. Memandangkan kebanyakan drug diserap secara optimum di dalam duodenum, maka masa mula tindakan drug bergantung kepada kadar pengosongan gastrik. Kadar ini bergantung pada beberapa faktor seperti kandungan perut, kadar laparan, tekanan emosi, sifat drug dan kedudukan tubuh. |
participative decision making | pembuatan keputusan libat sama | Pengurusan | Perancangan | Proses pembuatan keputusan dalam pengurusan organisasi yang dilakukan dengan membenarkan dan menggalakkan pekerja untuk turut serta, melalui perkongsian pendapat dan idea. Keputusan yang dicapai melalui proses ini dianggap lebih berkualiti memandangkan pekerja merupakan sumber sebenar untuk memahami operasi organisasi. Pembuatan keputusan libat sama boleh diguna pakai oleh organisasi untuk memupuk hubungan kerja yang baik, meningkatkan kepuasan kerja dan seterusnya menyumbang kepada iltizam yang tinggi dalam kalangan pekerja. |
disk mirroring | pencerminan cakera | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses pereplikaan cakera logik kepada beberapa salinan cakera keras fizikal dalam masa nyata untuk memastikan kewujudannya yang berterusan. Dalam konteks rancangan pemulihan bencana, pencerminan data pada jarak yang jauh merujuk kepada penduaan storan. Penduaan ini boleh dilakukan sama ada secara sinkroni, tidak sinkroni, separa sinkroni atau masa nyata. Memandangkan cakera merupakan salah satu komponen ketidakbolehpercayaan bagi sistem komputer, maka teknik pencerminan ini membenarkan satu sistem mengekalkan salinan data agar kewujudan data ini dapat digunakan walaupun salinan asal terganggu atau rosak. Pencerminan ini boleh dilakukan di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh. Pencerminan ini boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan tatasusunan cakera atau melalui perisian dalam sistem pengendali itu sendiri. Sinonim pembayangan cakera. |
governmental body | badan kerajaan | Pentadbiran | Tiada | Badan pemerintahan atau komponen kerajaan yang memiliki autoriti dalam bidang tugas yang telah diperuntukkan kepadanya. Badan ini telah diberikan autoriti untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan di samping menguatkuasakan arahan dan undang-undang yang telah diturunkan oleh pihak pemerintahan yang lebih tinggi. Bidang kuasa badan ini mencakupi semua aspek pentadbiran yang melibatkan keseluruhan urus tadbir yang berkaitan. Tindakan badan ini sering kali dikaitkan sebagai tindakan kerajaan memandangkan ia memiliki kuasa pelaksanaan atau pemerintahan. Contohnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Polis, Jabatan Pertanian dan Pejabat Daerah. |
public sector | sektor awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bahagian perkhidmatan yang diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan memenuhi keperluan serta kepentingan awam. Sektor ini turut berperanan menyediakan pelbagai infrastruktur, peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan dan mempermudah pelbagai urusan. Di samping itu, ia turut berperanan menguruskan pembangunan dan menjana pendapatan negara. Operasi sektor ini tidak berorientasikan keuntungan dan bertindak sebagai nadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Namun, memandangkan sifatnya yang besar dan kompleks serta sangat berhierarki, ia sering kali dilihat sebagai kurang cekap dan sarat dengan karenah birokrasi. |
human computer interaction (HCI) | interaksi manusia komputer (HCI) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bidang yang mengkaji interaksi antara manusia dengan komputer. Bidang ini biasanya melibatkan pertindanan antara bidang seperti sains komputer, sains tingkah laku, reka bentuk dan beberapa bidang kajian lain. Interaksi antara pengguna dengan komputer berlaku dalam antara muka pengguna yang melibatkan kedua-dua perisian dan perkakasan. Memandangkan bidang ini melibatkan gabungan manusia dan mesin, maka pengetahuan yang baharu bagi menyokong kedua-dua aspek mesin dan manusia dapat dikembangkan. Dalam aspek mesin, teknik grafik komputer, sistem pengendali dan bahasa pengaturcaraan adalah relevan dalam perkembangan penyelidikan bidang ini. Dalam aspek manusia pula, teori komunikasi, grafik dan reka bentuk industri, linguistik, sains sosial, psikologi kognitif dan prestasi manusia mampu memantapkan bidang ini. HCI kadangkala dirujuk sebagai interaksi manusia mesin (MMI) atau interaksi komputer manusia (CHI). |
Islamic future contract | akad ke hadapan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perjanjian pembelian barangan yang dibuat semasa akad untuk penghantaran pada masa akan datang. Harga, kuantiti, kualiti dan tempat serahan barangan ditetapkan semasa akad. Harga hanya akan dibayar semasa penyerahan barangan. Alasan utama penetapan harga adalah untuk mengelakkan ketidakpastian kedua-dua pihak terhadap harga sebenar barangan semasa penyerahan. Salah satu pihak akan memperoleh kerugian dan pihak lain menerima keuntungan daripada ketidakpastian perubahan harga. Memandangkan risiko yang bakal dihadapi berlawanan dengan perubahan harga, maka mereka perlu peka terhadap peletakan harga yang dapat memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Contohnya, pembiayaan tawaruk mata wang asing. |
deep discount | diskaun tinggi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Diskaun yang diberikan kepada harga bon kupon sifar yang dijual semasa penerbitan dengan kadar yang tinggi. Hal ini bermakna, harga jualan bon semasa penerbitan jauh lebih rendah berbanding harga bon semasa ditebus pada masa matang (nilai muka). Perbezaan harga yang tinggi ini bertujuan untuk mendorong pembeli supaya membeli bon kupon sifar memandangkan bon ini tidak menyediakan pulangan tahunan. |