lopping | memangkas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Memotong dan membuang dahan pokok yang masih hidup. Operasi ini sering dijalankan pada pokok-pokok kayu dalam ladang hutan untuk meghasilkan batang yang lurus dan sihat, atau pada pokok di tepi jalan untuk memudahkan penggunaan jalan. 2. Memotong dan membuang dahan atau bahagian atas pokok selepas ditebang bagi memudahkan proses mengumpul dan membersihkannya. |
lopping | menutuh; memangkas | Perhutanan | Tiada | Tiada |
lopping and scattering | memangkas dan menyelerak | Perhutanan | Tiada | Tiada |
gingival marginal trimmer | pemangkas pinggir gingiva | Pergigian | Tiada | Alat tangan pergigian yang digunakan untuk memangkas pinggir gingiva bagi membentuk bevel. Alat ini mempunyai bilah yang serong dan diperbuat daripada keluli berkarbon. Ia berdwihujung dan berpasangan untuk pemangkasan kotak proksimal di mesial atau distal kaviti. Alat ini juga terdapat dalam pelbagai saiz (1-2 mm lebar bilah) mengikut kesesuaian saiz kaviti. Alat ini digunakan dengan cara menolak hujung bilahnya ke arah bukal dan lingual di kotak proksimal gigi serta hujungnya akan memangkas pinggir gingiva. Lihat gambar. |
trimming | perapian | Landskap | Tiada | Kerja memangkas dan memotong tumbuhan untuk mendapatkan bentuk yang kemas dan rapi. |
Clipping | Pengguntingan | Pertanian | Agronomi | Perihal memangkas atau mencantas daun dan ranting pokok renek dengan menggunakan gunting, bertujuan membentuk atau mengelakkan pokok menjadi terlalu tinggi. Pengguntingan biasanya diamalkan untuk memelihara pokok pagar dan pokok hiasan supaya sentiasa kelihatan kemas dan menarik. |
slice | hiris | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Cantas: Memangkas atau memancung hujung dahan dan lain-lain.,2. Hiris: Memotong atau mengerat tipis-tipis. |
incisal grinding | pengasahan insisal | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas permukaan insisal gigi terutama gigi anterior dengan menggunakan bur dan alat berputar. Ia dilakukan untuk mengurangkan gigitan tinggi dan sentuhan pramatang pada permukaan insisal gigi tersebut. |
incisal reduction | pengurangan insisal | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas pinggir insisal gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan jenis roda atau silinder. Pengurangan yang dibuat bergantung kepada jenis restorasi yang akan dibuat. Bagi restorasi logam penuh memerlukan pengurangan sekurang-kurangnya 0.5 mm manakala restorasi logam terikat porselin sebanyak 1.5 mm. |
labial reduction | pengurangan labial | Pergigian | Tiada | Teknik memangkas permukaan labial gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan silinder. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. Penyediaan korona jaket porselin memerlukan pengurangan sebanyak 1.0 mm manakala korona terikat porselin sebanyak 1.5 mm. |