running bond | ikatan memanjang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Ikatan yang mengikut arah memanjang atau ikatan yang mengandungi hanya bata peregang. |
extended burial | pengebumian memanjang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bentuk pengebumian mayat yang ditanam secara memanjang dan terdapat bekalan kubur seperti gelang batu, sisa tulang, binatang dan tembikar tanah yang diletakkan pada bahagian kaki dan kepala. Di sesetengah tempat terdapat mayat yang diletakkan batu sebagai alas kepala. Penguburan ini berkembang pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Contohnya, penemuan di Gua Cha (Kelantan). Banding pengebumian melentur. |
longitudinal muscle | otot longitudinal | Perubatan | Tiada | Otot yang memanjang mengikut paksi sesuatu struktur atau organ. Sin: otot memanjang. |
filum terminale | filum terminale | Perubatan | Tiada | Struktur halus seperti benang yang menganjur dari hujung korda spina. Struktur ini memanjang dari konus medularis sehingga ke apeks kantung dura, iaitu tempat struktur ini bercantum semula dengan filum dura mater. Struktur ini seterusnya memanjang ke arah koksiks sebagai ligamen koksiks yang bercantum dengan periosteum. |
pulmonary blood vessel | vesel darah pulmonari | Veterinar | Praklinikal | Pembuluh darah pulmonari yang terdiri daripada dua jenis; iaitu arteri pulmonari dan vena pulmonari. Arteri pulmonari memanjang dari ventrikel kanan ke paru-paru yang membawa darah ternyahoksigen dari ventrikel kanan ke paru-paru. Vena pulmonari pula memanjang dari atrium kiri ke paru-paru yang membawa darah teroksigen dari paru-paru ke strium kiri. |
barrow | monggok | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kawasan perkuburan yang keadaan fizikalnya berbentuk bulat atau memanjang hasil timbunan tanah berbentuk seperti bukit. Kawasan ini biasanya dikelilingi parit. Di kawasan ini, terdapat kubur antaranya kubur keping batu, kuburan berkembar atau rumah kubur. Terdapat enam ciri monggok iaitu berbentuk mangkuk, loceng, leper, kolam, piring dan memanjang. Taburannya berkembang luas di Eropah, dan budaya ini diamalkan semasa zaman Roman, Anglo-Saxon dan Viking. |
elongate | memanjang | Fizik | Tiada | Tiada |
lengthwise | memanjang | Pendidikan | Tiada | Tiada |
elongate | memanjang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
elongate | memanjang | Geografi | Tiada | Tiada |