Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.suh.kan] | ممنسوخکن

Definisi : menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh diman-suhkan pd bila-bila masa pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.suh.kan] | ممنسوخکن

Definisi : menjadikan tidak berlaku lagi; membatalkan: Peraturan itu telah dimansuhkan pd tahun lepas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mansuh
Kata Terbitan : memansuhkan, pemansuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
annulbatal (kan)PentadbiranTiadaPerbuatan memansuhkan atau membatalkan sesuatu perjanjian, persetujuan menurut undang-undang dan sebagainya.
annulbatal (kan)SejarahTiadaPerbuatan memansuhkan atau membatalkan sesuatu perjanjian, persetujuan menurut undang-undang dan sebagainya.
annulbatal (kan)Undang-undangTiadaPerbuatan memansuhkan atau membatalkan sesuatu perjanjian, persetujuan menurut undang-undang dan sebagainya.
direction finderpencari arahAeroangkasaTiadaSuatu antena yang dapat mengesan sasaran dengan lebih tepat dengan memansuhkan ralat kekutuban.
Federal Legislative CouncilMajlis Perundangan PersekutuanPentadbiranTiadaBadan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal undang-undang di peringkat persekutuan. Fungsi utama Majlis Perundangan Persekutuan adalah untuk menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang, meluluskan belanjawan negara dan mengenakan cukai-cukai baru.
constitutional amendmentpindaan perlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Satu proses untuk mengubah dan menyesuaikan undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara berdasarkan keadaan dan perkembangan semasa. Perlembagaan biasanya dipinda dengan tujuan untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan yang dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan rakyat. Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat di Parlimen bagi peringkat persekutuan dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi peringkat negeri. Dalam konteks Malaysia, berdasarkan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu, (i) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja, (ii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak, (iii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan (iv) Dengan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen.

khiyar syaratkhiyar syaratPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan berdasarkan syarat yang dinyatakan dalam akad. Khiyar syarat berlaku semasa akad dengan syarat kedua-dua atau salah satu pihak yang berakad berhak memilih sama ada akad itu diteruskan atau tidak. Contohnya, pembeli berkata "Saya beli barang awak ini dengan syarat boleh khiyar dalam masa dua hari dari tarikh ini." Mengikut mazhab Syafii, syarat tersebut hendaklah dinyatakan secara jelas dan dipersetujui antara pihak yang berakad. Mazhab Shafii menyatakan tempoh khiyar tidak melebihi tiga hari. Pihak yang diberi hak khiyar syarat boleh meneruskan atau memansuhkan akad dalam tempoh tersebut.

Kembali ke atas