software quality assurance | jaminan mutu perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Kaedah untuk memantau proses kejuruteraan perisian dan teknik yang digunakan bagi memastikan mutu perisian sentiasa terpelihara. Salah satu pendekatan yang biasa digunakan adalah menerusi pengauditan sistem jaminan mutu yang menyelia pembangunan perisian. Pengauditan ini dilaksanakan mengikut piawaian ISO 9000 atau Model Kematangan Keupayaan (CMM). Di Malaysia, aspek jaminan mutu keselamatan perisian mengikut piawaian Kriteria Umum Malaysia (MyCC). Jaminan mutu perisian tidak sama dengan kawalan mutu perisian yang lebih mementingkan aspek dokumentasi keperluan dan pengujian perisian. Dengan kata lain, jaminan mutu perisian memantau proses, manakala kawalan mutu perisian lebih menjurus kepada mutu produk. |
quality control circle (QCC) | kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK) | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sekumpulan individu yang dilantik membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama KMK ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing, yang akan terbubar apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi dapat dicapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM. |
quality control circle (QCC) | kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK) | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sekumpulan individu yang dilantik, membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama kumpulan meningkatkan mutu kerja ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing. Kumpulan ini akan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi telah tercapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM. |
span of control | jangkauan kawalan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Autoriti yang diberikan kepada individu yang bergelar ketua, pengurus atau majikan dalam organisasi untuk memantau dan memastikan kakitangan di bawah seliaannya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan sempurna. Contohnya, Ketua Bahagian Akaun mempunyai jangkauan kawalan terhadap pekerja yang berada di Bahagian Akaun dan secara tidak langsung bertanggungjawab memantau dan melatih kakitangan tersebut. Jangkauan kawalan berbeza antara seorang ketua dengan ketua yang lain, walaupun berada di dalam organisasi yang sama kerana ianya bergantung kepada bilangan kakitangan di bawah seliaan masing-masing. |
formative approach | pendekatan formatif | Pendidikan | Tiada | Pendekatan pemerhatian untuk memantau perkembangan kajian dan data yang dikumpul. |
partogram | partogram | Kejururawatan | Tiada | Carta dalam bentuk graf untuk memantau kemajuan proses pelahiran dengan memerhati tanda-tanda vital ibu, kekerapan dan kekuatan kontraksi uterus, kedudukan stesen dan kadar dilatasi serviks. |
scan rate | kadar imbas | Aeroangkasa | Tiada | Kadar imbasan penderia yang memantau sesuatu kawasan. |
formative assessment | pentaksiran formatif | Pendidikan | Tiada | Pentaksiran dilakukan secara berterusan untuk memantau prestasi pembelajaran. |
quality assurance | kawalan kualiti | Perubatan | Tiada | Aktiviti pengawalan kualiti yang menilai, memantau, atau mengawal atur perkhidmatan piawai yang memenuhi kehendak pelanggan. |
departmental inspector | nazir jabatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pegawai yang bertanggungjawab memerhati, memantau dan memeriksa perjalanan pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Nazir jabatan berperanan memastikan segala peraturan dan prosedur jabatan dipatuhi untuk mencapai matlamat yang disasarkan serta memenuhi piawaian yang ditetapkan. Nazir jabatan terdiri daripada pegawai peringkat pengurusan tertinggi dari luar jabatan tersebut yang bertugas dari semasa ke semasa berdasarkan jadual yang ditetapkan tanpa pengetahuan jabatan berkenaan. |