Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mas.ti.kan] | ممستيکن

Definisi : menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mas.ti.kan] | ممستيکن

Definisi : menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contingency planrancangan luar jangkaanPengurusanPerancanganSuatu keputusan di peringkat perancangan yang memastikan terdapat tindakan segera dan sesuai, sekiranya berlaku sesuatu keadaan kecemasan dan gawat. Rancangan luar jangkaan dilakukan untuk memastikan aktiviti perniagaan tidak terjejas atau terhenti disebabkan tiada tindakan segera, apabila berlaku sesuatu masalah. Sekiranya tiada rancangan luar jangkaan diambil, berkemungkinan akan berlakunya kerugian atau kehilangan pelanggan disebabkan oleh operasi yang terhenti. Contohnya, pengilang membina rangkaian syarikat pembekalan sesuatu bahan mentah bagi memastikan pengeluaran tidak terjejas sekiranya salah satu pembekal gagal beroperasi. Sinonim rancangan kontingensi.
computer securitykeselamatan komputerTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSubbidang Sains Komputer yang menyentuh beberapa topik yang merangkumi keselamatan data dan maklumat, keselamatan atur cara dan perisian, dasar keselamatan, keselamatan perkakasan, dan keselamatan aset sistem komputer. Keselamatan komputer juga dikaitkan dengan beberapa aspek utama seperti yang berikut: a. Kerahsiaan untuk memastikan bahawa maklumat tidak dicapai oleh pengguna yang tidak sah. b. Integriti dalam memastikan bahawa maklumat asal tidak diubah oleh pengguna yang tidak sah, sehingga pengguna tidak menyedari perubahan yang berlaku. c. Pengesahan untuk memastikan identiti pengguna yang sah. d. Kawalan capaian dalam memastikan hanya pengguna yang sah boleh mencapai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. e. Tanpa sangkalan bagi memastikan penghantar mesej atau pengguna sistem tidak boleh menafikan perbuatan yang telah dilakukan. f. Kesediaan untuk memastikan bahasa sistem yang disediakan berfungsi dan beroperasi dengan baik. g. Hak persendirian dalam memastikan bahawa hak dan maklumat peribadi
IP securitykeselamatan IPTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Piawai yang digunakan untuk memastikan keselamatan IP melalui kaedah penyulitan dan penyahihan paket IP pada aras kedua model OSI. 2. Sekumpulan protokol untuk keselamatan aliran paket dan kaedah penukaran kekunci. Protokol muat beban keselamatan terkapsul (ESP) memastikan kerahsiaan dan integriti mesej, manakala protokol kepala pengesahan (AH) adalah untuk penyahihan. Protokol penukar- gantian kekunci (IKE) pula ialah protokol yang digunakan untuk memastikan kekunci bagi proses penyulitan ditukar dengan cara selamat.
plumbing the depthlaras kedalamanPerikananTiadaKaedah menentukan kedalaman air dengan menggunakan pemberat. Kaedah ini diperlukan untuk memastikan pelampung timbul di permukaan air dan memastikan keadaan dasar laut, sama ada berlumpur, berbatu atau mempunyai rumpai laut. Maklumat tentang keadaan dasar laut membolehkan pemancing mengetahui keadaan perairan dan dapat memancing dengan mudah serta selamat. Kaedah ini juga bertujuan untuk menetapkan kedalaman mata kail yang perlu dipasang dari pelampung hingga ke hujung tali kail.
Advertising Standard Authority of Malaysia (A.S.A.M)Lembaga Piawaian Periklanan MalaysiaKomunikasiTiadaPertubuhan yang berperanan untuk memastikan kegiatan periklanan di Malaysia tidak melanggar tatasusila dan undang-undang negara. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini tidak ada kuasa untuk memastikan supaya piawaian periklanannya mesti diikuti.
organisation developmentpembangunan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha yang dibuat oleh pihak pengurusan organisasi untuk memastikan organisasi tersebut dapat bertahan dalam jangka masa panjang dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. Majikan khasnya merangka perancangan yang strategik bukan sahaja dalam konteks penyusunan tugas kakitangan tetapi juga memastikan perjalanan organisasi tidak tersasar daripada wawasan dan matlamat yang ditetapkan. Antara kaedah yang dilaksanakan untuk tujuan pembangunan organisasi ialah pelaksanaan program pengembangan kerjaya kakitangan dan pembangunan sumber manusia serta jaringan perniagaan dengan rakan industri.

data securitykeselamatan dataTeknologi MaklumatPerisianKaedah memastikan data disimpan dalam keadaan selamat daripada sebarang pendedahan, pengubahsuaian, penghapusan dan penukaran. Keselamatan data juga melibatkan capaian yang dikawal rapi daripada sebarang pencerobohan oleh pengguna yang tidak sah dan berniat jahat. Perubahan data hanya boleh diubah oleh pengguna yang berdaftar. Oleh itu, keselamatan data membantu memastikan kerahsiaan data dan data persendirian sentiasa dilindungi dan terpelihara.
authentication toolalat pengesahanTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari.
handling testujian pengelolaanAeroangkasaTiadaSatu siri ujian yang dilakukan terhadap pesawat udara untuk memastikan boleh terbang dengan memuaskan supaya sijil kelayakan udara boleh dikeluarkan.,Pengawalan pesawat udara dalam penerbangan hanya berpandukan alat yang terdapat dalam kokpit. Contohnya digunakan pada waktu malam dan cuaca buruk.,Satu siri ujian yang dilakukan terhadap pesawat udara untuk memastikan boleh terbang dengan memuaskan supaya sijil kelayakan udara boleh dikeluarkan.
planpelanKesenianSeni BinaRajah atau lukisan yang menggambarkan bentuk, ukuran dan peletakan sesuatu bangunan, tanah atau struktur lain yang berkaitan. Antara tujuan penting penyediaan pelan adalah untuk memastikan sesuatu projek pembinaan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan, membolehkan hasrat atau idea pereka disampaikan kepada kontraktor dan memastikan bangunan yang dibina dapat dimanfaatkan mengikut tujuannya.
12345678910...

Kembali ke atas