synchronization | penyegerakan | Sosiologi | Tiada | Proses untuk memastikan bahawa dua alat berjalan serentak dan segerak. |
limit check | semakan had | Kejuruteraan | Tiada | Sejenis semakan pada masukan untuk memastikan bahawa hanya kod-kod yang sah atau jenis-jenis transaksi dibenarkan. |
fishout | pancingan | Kejuruteraan | Tiada | Objek uji yang dikeluarkan dari relau untuk memastikan bahawa ciri-ciri tertentu yang terdapat pada barangan tembikar dan keadaan di dalam relau telah dicapai. |
quality assurance | jaminan mutu | Kejuruteraan | Tiada | Pengujian dan pemeriksaan keseluruhan atau sebahagian hasil keluaran terakhir untuk memastikan bahawa keluaran dengan aras mutu yang dikehendaki yang sampai pada pengguna. [KM] |
laminar velocity | halaju lamina | Kejuruteraan | Tiada | Halaju had bagi aliran cecair tertentu di dalam saluran tertentu, yang memastikan bahawa aliran adalah aliran garis arus. Di atas halaju ini, aliran mungkin berbentuk garis arus ataupun aliran gelora. |
supervisory jurisdiction | bidang kuasa seliaan | Undang-undang | Tiada | Kuasa mahkamah untuk mengawasi tindakan mahkamah yang lebih rendah bagi memastikan bahawa tindakan mahkamah yang lebih rendah itu tidak terkeluar daripada bidang kuasanya. |
communalist | pengkauman | Sejarah | Tiada | Orang yang memegang fahaman bahawa dalam sesebuah pertubuhan, pada prinsipnya mestilah memastikan bahawa unit sosial atau politiknya adalah berpemerintahan sendiri. |
mutual authentication | saling pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Proses yang melibatkan kedua-dua pihak, iaitu pihak A dan pihak B membuktikan identiti masing-masing sesama sendiri. Pihak B dapat memastikan bahawa beliau berkomunikasi dengan pihak A dan bukannya pihak yang mengaku A dan sebaliknya. |
cooperative acquisition | perolehan bersama | Perpustakaan | Tiada | Sistem untuk mengendali dan menyelaraskan perolehan bahan antara dua atau lebih organisasi seperti perpustakaan dan arkib pada peringkat kawasan, tempatan, kebangsaan atau antarabangsa bagi memastikan bahawa satu salinan bagi setiap penerbitan disimpan di kawasan geografi berkenaan. |
computer security | keselamatan komputer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Subbidang Sains Komputer yang menyentuh beberapa topik yang merangkumi keselamatan data dan maklumat, keselamatan atur cara dan perisian, dasar keselamatan, keselamatan perkakasan, dan keselamatan aset sistem komputer. Keselamatan komputer juga dikaitkan dengan beberapa aspek utama seperti yang berikut: a. Kerahsiaan untuk memastikan bahawa maklumat tidak dicapai oleh pengguna yang tidak sah. b. Integriti dalam memastikan bahawa maklumat asal tidak diubah oleh pengguna yang tidak sah, sehingga pengguna tidak menyedari perubahan yang berlaku. c. Pengesahan untuk memastikan identiti pengguna yang sah. d. Kawalan capaian dalam memastikan hanya pengguna yang sah boleh mencapai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. e. Tanpa sangkalan bagi memastikan penghantar mesej atau pengguna sistem tidak boleh menafikan perbuatan yang telah dilakukan. f. Kesediaan untuk memastikan bahasa sistem yang disediakan berfungsi dan beroperasi dengan baik. g. Hak persendirian dalam memastikan bahawa hak dan maklumat peribadi |