Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.masy.hur.kan] | ممشهورکن

Definisi : 1. sl menyebarkan ke se­rata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya menjadi masyhur (ter­kenal, ternama): Persatuan Belia akan me-mentaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.masy.hur.kan] | ممشهورکن

Definisi : menyebarkan (menyiarkan) ke merata-rata tempat utk diketahui umum; membuat supaya masyhur; menjadikan masyhur: Kemenangan itu telah ~ nama negara kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memasyhurkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bilbao effectkesan BilbaoKesenianSeni BinaGaya seni bina yang dicetuskan oleh binaan seni bina ikon di kawasan yang kurang dikenali atau sedang membangun. Kesan Bilbao dapat dilihat daripada pembaharuan positif sesuatu bandar dari aspek sosiologi, politik dan ekonomi. Kesan ini dipelopori oleh binaan Muzium Guggenheim yang direka oleh seorang arkitek bernama Frank Gehry yang memasyhurkan pekan Bilbao, Sepanyol.

Kembali ke atas