Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.bit.kan] | ممبابيتکن

Definisi : melibatkan seseorang (negara dll) dlm sesuatu perkara: apabila sesebuah negara Komanwel bertelingkah atau berperang, negara itu tidak akan ~ negara-negara Komanwel lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.bit.kan] | ممبابيتکن

Definisi : membawa atau melibatkan seseorang atau sesuatu pihak, negara dsb ke dlm sesuatu perkara: Perselisihan itu tidak ~ pihak lain, cuma antara mereka sahaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membabitkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
optoelectricelektrik optikKejuruteraanTiadaLitar yang membabitkan pengeluar dan pengesan cahaya.
organizational politicpolitik organisasiPengurusanPerancanganAktiviti yang membabitkan penggunaan pengaruh peribadi dalam usaha untuk mencapai kepentingan diri sendiri dan kepentingan jabatan. Politik organisasi lazimnya berpunca daripada faktor-faktor seperti kekurangan sumber, kekangan masa, ketidakadilan, persaingan dan juga motivasi peribadi seseorang individu. Contohnya, seorang pengurus pengeluaran yang melobi dan mempengaruhi pengurus kewangan untuk mendapatkan peruntukan yang lebih tinggi bagi projek pembangunan produk.
tracer studykajian penyurihKejuruteraanTiadaTeknik kajian yang membabitkan penggunaan bahan penyurih.
cell-mediated reactiontindak balas berantarakan selPerubatanTiadaTindak balas yang membabitkan sel limfoid-T, makrofaj menjadi aktif dan berkeupayaan memfagositosiskan antigen, dan biasa terjadi dalam penolakan graft dan hipersensitifan lewat.
Compton-Simon experimentuji kaji Compton-SimonKejuruteraanTiadaKajian asas yang membabitkan penyerakan sinar x oleh elektron di dalam kebuk awan Wilson.
decline stageperingkat merosotPentadbiranTiadaTahap akhir kitaran hayat keluaran yang membabitkan kemerosotan jualan dan permintaan.
counterterrorismcegah keganasanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan, taktik, teknik atau strategi ketenteraan yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan, tentera, polis atau entiti-entiti lain bagi menentang keganasan. Kebanyakan strategi cegah keganasan membabitkan peningkatan dalam aktiviti risikan oleh pihak berkuasa, termasuk melakukan pintasan komunikasi dan penjejakan terhadap individu disyaki. Kebanyakan negara menggubal undang-undang antikeganasan bagi menyatakan bahawa perbuatan seperti mengebom, merampas kapal terbang, menculik atau mengambil tebusan sebagai jenayah keganasan. Walau bagaimanapun, amalan cegah keganasan biasanya sering membawa kepada penghakisan hak asasi sivil dan politik kerana ia menggalakkan kes penahanan tanpa bicara, penangkapan sewenang-wenang dan pembunuhan tanpa izin mahkamah.
countermeasuretindakan balasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara sebagai satu bentuk pertolongan kendiri. Negara yang mengambil tindakan balas itu sebenarnya menolong dirinya sendiri dalam menguatkuasakan haknya yang dicabuli oleh negara lain dengan mencederakan negara berkenaan. Tindakan balas membabitkan perbuatan yang pada asalnya tidak sah dilakukan tetapi menjadi sah apabila ia memberi gerak balas terhadap satu tindakan tidak sah yang diambil terlebih dahulu oleh negara yang dicederakannya. Hal ini bermakna, sekiranya tiada tindakan tidak sah sebelumnya dari negara yang dicederakannya itu, tindakan balas ini kekal menjadi tidak sah. Contohnya, sekiranya Negara A merampas harta milik rakyat Negara B tanpa kewajaran yang sepatutnya, maka Negara B boleh merampas harta milik rakyat Negara B sebagai tindakan balasan. Negara B tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan kerana tindakan balas merupakan satu bentuk pembelaan. Terdapat prasyarat dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa melakukan tindakan
Permanent Court of Arbitration (PCA)Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1899 dalam Persidangan Keamanan The Hague pertama, bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Mahkamah ini menawarkan perkhidmatan penyelesaian pertikaian antarabangsa dalam isu-isu undang-undang antarabangsa awam dan undang-undang antarabangsa persendirian bagi pihak-pihak yang bersetuju menerima bidang kuasanya. Mahkamah ini mendengar pertikaian antara negara, antara pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, dan antara pertubuhan antarabangsa dan negara, malah membabitkan pihak persendirian. Mahkamah ini membenarkan pihak-pihak yang bertikai untuk memilih sendiri penimbang tara yang akan mengendalikan kes tersebut.
advisory opinionpendapat nasihatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu bidang kuasa Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menangani hal-hal yang berkaitan penyediaan jawapan bagi persoalan undang-undang antarabangsa yang diperlukan oleh organ utama PBB, terutamanya Perhimpunan Agung PBB. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa diminta untuk memberikan pendapat nasihat atau pandangan perundangan berkenaan persoalan tersebut. Pendapat nasihat tersebut tidak mengikat mana-mana negara atau pertubuhan, tetapi ia boleh membentuk undang-undang adat antarabangsa pada masa hadapan. Contoh kes yang melibatkan pendapat nasihat ialah kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights yang diputuskan pada tahun 1999 berkenaan tindakan mahkamah Malaysia mendengar kes saman yang membabitkan seorang agen PBB.
12

Kembali ke atas