typology | tipologi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Membahagi atau mengelompokkan sesuatu bahan kajian kepada beberapa kelompok. Kaedah ini dibuat untuk menjelaskan sesuatu gambaran tentang sesuatu perkara serta mempermudahkan analisis. Proses ini kerap dibuat untuk memberi gambaran tentang terdapatnya perbezaan antara satu jenis dengan jenis yang lain. Contohnya, penjenisan negara kepada negara maju, negara Komunis dan negara sedang membangun. Sinonim penjenisan. |
content chunking | pengetulan kandungan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Strategi membahagi kandungan pembelajaran kepada butiran lengkap yang mudah diurus, difahami dan diingati. Dalam konteks e-pembelajaran, pengetulan kandungan boleh berbentuk video pendek, infografik, audio, animasi dan sebagainya. |
meiosis | meiosis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses sel tunggal membahagi dua kali untuk menghasilkan empat sel haploid yang mengandungi separuh jumlah asal maklumat genetik. Contoh sel ialah sperma pada jantan dan ovum pada betina. |
cell division | pembahagian sel | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses satu sel induk membahagi kepada dua atau lebih sel anak yang baharu. Pada haiwan ternakan, terdapat dua jenis pembahagian sel, iaitu mitosis dan meiosis. |
auditory filter | penuras auditori | Sains Kesihatan | Tiada | Sistem auditori yang bertindak seperti penuras yang berupaya membahagi-bahagikan komponen frekuensi bunyi yang kompleks yang diberi secara serentak. Individu yang cacat pendengaran tidak mempunyai keupayaan ini dan kerana itu mereka sukar mendengar walaupun menggunakan alat bantu pendengaran. |
ion-electron method | kaedah elektron ion | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah yang digunakan bagi mengimbangkan persamaan redoks. Kaedah ini membahagi tindak balas redoks kepada dua persamaan separa iaitu yang mewakili pengoksidaan dan yang mewakili penurunan. Dalam larutan akueus, H+, OH-, H2O dan elektron ditambah. Tindak balas yang lengkap didapati dengan menggabungkan kedua-dua persamaan separa itu. |