Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.has.kan] | ممبحثکن

Definisi : 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membahaskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
legislative bodybadan perundanganPentadbiranPentadbiran Awam

Institusi yang bertanggungjawab untuk membahas, menggubal atau meminda perlembagaan dan undang-undang negara; membincang dan meluluskan belanjawan negara; meluluskan cukai baru; membahaskan dasar dan berbagai keputusan penting yang melibatkan negara. Badan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Penggubalan rang undang-undang akan melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara yang kemudiannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini dianggotai oleh wakil rakyat atau ahli parlimen. Institusi ini merupakan salah sebuah dari tiga institusi pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman.

General Assembly (UNGA)Perhimpunan AgungUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu daripada lima organisasi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan satu-satunya organisasi pleno yang memberikan perwakilan sama rata kepada semua negara anggota. Perhimpunan Agung bertanggungjawab untuk membahaskan isu-isu antarabangsa, melantik anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dan mengemukakan syor dalam bentuk resolusi. Negara membangun yang kini merupakan majoriti dalam perhimpunan ini berupaya membawa suara yang dapat mempengaruhi sifat dan bentuk keputusan Perhimpunan Agung.
functional conflictkonflik fungsianPengurusanPerancangan1.����� Percanggahan yang timbul antara fungsi atau jabatan yang berbeza dalam organisasi, yang didorong oleh perbezaan matlamat masing-masing. Konflik ini boleh berlaku disebabkan oleh sumber yang terhad dan jangkaan prestasi yang tinggi sehingga mewujudkan persaingan antara fungsi dan jabatan. Contohnya, jabatan kewangan yang berfungsi mengawal belanjawan dan kos operasi sesebuah perniagaan mungkin menghadapi konflik dengan jabatan pengeluaran apabila jabatan pengeluaran menuntut tambahan peruntukan untuk membeli mesin baharu bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran perniagaan tersebut. Lihat juga pengurusan konflik. 2. Percanggahan membina yang timbul dalam kalangan ahli dalam satu kumpulan kerja, yang membawa kepada penghasilan yang lebih baik dari segi kualiti keputusan kerana cetusan kreativiti dan inovasi yang berlaku dalam kumpulan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, ahli kumpulan digalakkan memberikan pendapat dan membahaskan pandangan sesama mereka sehingga tercapai suat

Kembali ke atas