Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ha.ya.kan] | ممبهاياکن

Definisi : mendatangkan bahaya: di bandar itu ada tempat yg ~, tempat banyak orang kena rompak; merokok ~ kesihatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.ya.kan] | ممبهاياکن

Definisi : mendatangkan bahaya: Menghisap rokok ~ kesihatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membahayakan

Peribahasa

Uir-uir minta getah.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri; perempuan yang memikat hati lelaki. uir-uir = sebangsa belalang atau jengkerik yang biasa berbunyi di dalam rimba.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pollutantpencemarSains dan TeknologiTiadaKumbahan, buangan industri, atau bahan lain yang membahayakan atau tidak diingini yang akan menurunkan mutu air.
hazardous materialbahan berbahayaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSebarang bahan yang berpotensi membahayakan manusia, haiwan atau alam sekitar hasil tindak balasnya sendiri atau interaksi dengan bahan lain atau dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang lain. Bahan berbahaya mesti dikendalikan mengikut akta yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
biodegradableterbiodegradasiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKeupayaan sesuatu bahan untuk mereput secara semula jadi dan tidak membahayakan alam sekitar, contohnya bioplastik.
defibrilationdefibrilasiKejururawatanTiadaPemberian kejutan elektrik pada kadar atau amaun yang ditetapkan di atas dada untuk menghapuskan disritmia yang membahayakan nyawa. Biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami fibrilasi ventrikel, takikardia ventrikel dan fibrilasi atrium.
mutationmutasiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPerubahan dalam urutan DNA sel. Mutasi mungkin disebabkan oleh kesilapan semasa pembahagian sel atau disebabkan oleh pendedahan kepada agen yang merosakkan DNA. Mutasi boleh membahayakan, memberi manfaat atau tidak memberi kesan kepada organisma.
officer's and director's liability insuranceinsurans liabiliti pegawai dan pengarahinsuransTiadaInsurans yang melindungi pegawai dan pengarah sesebuah syarikat terhadap kerugian disebabkan kelalaian atau kesilapan mereka yang mungkin boleh membahayakan kedudukan syarikat atau pemegang saham.
security assessmenttaksiran sekuritiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenilaian dan pengujian yang bertujuan untuk mendedahkan kelemahan, kepayahan, atau risiko yang wujud pada perisian, perkakasan, peranti, dan prasarana sistem komputer. Taksiran ini dibuat untuk menentukan kewujudan keadaan pada sistem yang boleh membahayakan aset sistem komputer tersebut atau membuka peluang kepada pengguna hasad untuk menyalahgunakan aset sistem komputer.
human rightshak asasi manusiaSains PolitikPolitik PerbandinganHak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi.
insurgentpemberontakSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang melancarkan penentangan secara kekerasan dan di luar batas undang-undang terhadap autoriti atau kerajaan yang sah. Tindakan ini biasanya mendapat sokongan daripada kelompok lain yang berkongsi kepentingan atau sentimen yang sama. Tindakan ini dilakukan untuk mendapat kuasa politik atau kerana sesuatu ideologi, faktor perkauman atau sokongan daripada kuasa luar. Secara tidak langsung, pemberontakan ini boleh membahayakan kedudukan pemerintah, keselamatan awam dan negara. Contohnya, kumpulan Abu Sayaf yang bergerak di Selatan Filipina yang sering melakukan penculikan dan pembunuhan.

Kembali ke atas