Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membakar

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai lobak di pemerunan,
     bagai kacang tengah dua bulan.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arsonbakar jahatKriminologiKeadilan JenayahTindakan membakar sesuatu premis (seperti rumah dan bangunan), struktur atau kenderaan dengan sengaja. Tindakan ini boleh melibatkan tujuan jenayah yang lain seperti penipuan, pelupusan bahan bukti, balas dendam dan sebagainya.
reduction firingbakar kurangKesenianTiadaProses membakar tembikar di dalam tanur dengan mengehadkan kemasukan oksigen untuk menghasilkan kesan khusus.
pathological fire-settingpembakaran patologiPerubatanPsikiatriPerbuatan membakar yang dilakukan oleh seseorang kerana dipengaruhi oleh penyakit mental, terencat akal, alkohol atau dadah.
pyromaniapiromaniaPerubatanPsikiatriKeinginan yang tidak terkawal untuk membakar sesuatu benda bagi menghilangkan tekanan dan merupakan petanda penyakit psikosis.
post-mortem burningpembakaran pascakematianKriminologiKeadilan JenayahTindakan membakar mayat mangsa jenayah selepas kematiannya.
fire treatmentrawatan apiBuluhTiadaKaedah mengawet buluh secara tradisional dengan membakar buluh di atas api. Kaedah ini menyebabkan kulit luar buluh menjadi kering dengan cepat seiring dengan penguraian kanji dan gula.
ashabuPerikananAkuakulturBahagian mineral dalam sesuatu sampel makanan. Bahagian ini dihasilkan dengan membakar sampel di dalam relau pada suhu 500°C selama 4 – 6 jam. Keadaan ini akan menyebabkan bahan organik terbakar dan meruap. Residu yang tertinggal dikenali sebagai abu.
murder victim concealmentpenyembunyian mangsa bunuhKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan seseorang yang menyembunyikan mangsa bunuh bagi melupuskan bahan bukti dan mengelakkan liabiliti jenayah. Antara cara yang digunakan adalah dengan cara menyorokkan, menanam, membakar dan meletupkan mangsa.

Kembali ke atas