buckram | bukram | - | Tiada | Fabrik yang kukuh untuk membalut dan melindungi kadbod pada buku kulit keras. |
binding | pengikat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Jalur tirus fabrik yang digunakan untuk membalut dan mengemas tepi kelim atau karpet untuk mengelakkannya daripada terkoyak atau kusut. |
upholstery | upholsteri | Kesenian | Hiasan Dalaman | Fabrik dan bahan-bahan lain untuk membalut kerusi, sofa, dan sebagainya. |
piping | kun alur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Jalur tirus fabrik yang digunakan untuk membalut dan mengemas tepi kelim. Tujuan kun alur adalah sebagai bahan penyambung atau penyudah kepada bahagian tepi upholsteri kerusi atau perabot. |
handle bar tape | pita hendal | Sukan | Lumba Basikal | Alat yang digunakan untuk membalut hendal |
bubble wrap | pembungkus gelembung/pembalut gelembung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahan plastik lut sinar yang mempunyai gelembung dipenuhi udara untuk memberikan perlindungan daripada kesan hentakan atau getaran dari luar bungkusan. Bahan ini biasanya digunakan untuk membungkus atau membalut barangan rapuh dan mudah pecah seperti kaca dan sebagainya. |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |