metaphor | metafora | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu. Contohnya �The Eye of Day� ialah metafora kepada �The Sun� yang membandingkan dua objek yang berbeza, �eye� dengan �sun�. Dalam sajak Chairil Anwar, �Aku� pada baris �Aku binatang jalang�, daripada kumpulannya terbuang, �binatang jalang� ialah metafora kepada keadaan seseorang yang berasa tersisih. Terdapat beberapa jenis metafora, antaranya ialah metafora lunjuran dan metafora usang. Metafora lunjuran merupakan metafora yang dikekalkan dan dikembangkan di sepanjang karya sebagai metafora utama yang mengawal seluruh imejan dalam teks. Contoh metafora lunjuran terdapat dalam karya, �Because I Could Non Stop Death� oleh Emily Dickinson. Dalam karya ini, perjalanan dengan kereta kuda ialah metafora lunjuran untuk perjalanan dalam hidup. Selain itu, karya alegori boleh dianggap sebagai metafora lunjuran yang kompleks. Contohnya, alegori sufi |
competitive benchmarking | penandaarasan saingan | Pengurusan | Perancangan | Proses membandingkan aktiviti dan prestasi organisasi dengan tujuan untuk meneladani dan mengikuti amalan terbaik dalam kalangan pesaing dalam industri atau skop pengurusan yang sama. Contoh penandaarasan saingan ialah tindakan universiti di Malaysia menetapkan piawai pengukuran prestasi cemerlang dengan membandingkan tahap pengukuran prestasi universiti-universiti ternama di dunia. Contoh penandaarasan saingan dalam skop pengurusan pula adalah seperti pendekatan perkhidmatan pelanggan dalam sektor perbankan yang mengambil teladan kejayaan perkhidmatan pelanggan dalam sektor penerbangan. Lihat juga penandaarasan. |
multiple comparison test | ujian bandingan berganda | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Sejenis kaedah penilaian deria yang membandingkan perbezaan beberapa sampel makanan pada satu masa. Ahli panel diberi satu sampel rujukan dan beberapa sampel berkod dan diminta membandingkan setiap sampel dengan sampel rujukan berdasarkan satu ciri khusus. |
apparatus criticus | kritikus aparatus | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau stru |
stemmatic method | kaedah stematik | Kesusasteraan | Tiada | Membandingkan beberapa naskhah mengenai satu topik untuk mencari teks yang paling mendekati teks asli dengan menggunakan data-data dari naskhah tersebut. Contoh: kajian terhadap teks Wangbang Wideya yang di selenggarakan oleh S.O. Robson. |
benchmarking | ukur rujuk | Pentadbiran | Tiada | Perbuatan membandingkan keluaran sya |
comparator | pembanding | Fizik | Akustik | Alat yang membandingkan dua isayrat untuk menunjukkan persamaan atau sebaliknya. |
ratio | nisbah | Matematik | Tiada | Pecahan yang membandingkan dua kuantiti yang sama unit ukurannya. |
redox potential | keupayaan redoks | Kejuruteraan | Tiada | yang membandingkan kekuatan logam sebagai agen penurunan atau kekuatan ion logam-logam itu sebagai agen pengoksidaan. |
simile | simile | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa kiasan yang membandingkan ciri utama sesuatu objek dengan ciri utama objek lain. Biasanya simile menggunakan kata bandingan seperti, bagai, macam atau umpama. Contohnya, putih seperti kapas. Simile berasal daripada perkataan Latin similis yang bermaksud �seperti�. |