arouse | membangkitkan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
provoke | membangkitkan marah | Undang-undang | Tiada | Tiada |
neutral stimulus | rangsangan neutral | Psikologi | Psikologi Umum | Rangsangan yang tidak memberi sebarang kesan terhadap respons. Walau bagaimanapun, dalam teori pelaziman klasik, rangsangan neutral ini boleh membangkitkan tingkah laku tertentu setelah beberapa kali dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim yang selalunya diikuti dengan ganjaran. Rangsangan neutral yang dapat membangkitkan respons dikenali juga sebagai rangsangan terlazim. Contohnya, pada mulanya anjing tidak memberi respons kepada bunyi loceng tetapi lama-kelamaan akan mengeluarkan air liur kepada bunyi loceng setelah beberapa kali dipasangkan dengan daging. |
provocation | provokasi | Sejarah | Tiada | Perbuatan yang membangkitkan kemarahan atau hasutan atau ancaman yang dilakukan oleh pihak tertentu khususnya dalam keadaan negara yang tidak stabil. |
aperitive | aperitif | Sosiologi | Tiada | Minuman keras untuk membangkitkan selera. |
aphrodisiac | afrodisiak | Perubatan | Tiada | Ubat atau agen yang dapat membangkitkan nafsu seks atau libido. |
patos | sentuh hiba | Kesusasteraan | Tiada | Sifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud �penderitaan� atau �keghairahan�. |
texture | tekstur | Kesenian | Tiada | 3. Sifat permukaan karya seni yang membangkitkan perasaan deria sentuh. |
drive state; | keadaan dorongan | Psikologi | Psikologi Umum | Keadaan dalaman individu yang mendorong tingkah laku. Keadaan ini diandaikan mencapai satu tahap kritikal tertentu sebelum tingkah laku mencari matlamat. Keadaan dorongan boleh merupakan satu teknik pembelajaran yang digunakan dalam pembelajaran haiwan dengan membangkitkan satu dorongan yang berarah kepada matlamat melalui cara mewujudkan perubahan dalam proses organiknya. Contohnya, haiwan boleh dinafikan untuk membangkitkan rasa lapar bagi mendorong mencari makanan atau diberi kejutan elektrik bagi membangkitkan rasa keperluan untuk mengelak. |
provocative design | reka bentuk provokatif | Landskap | Tiada | Gubahan landskap yang membangkitkan satu perasaan positif atau negatif yang memerlukan seseorang meneliti gubahan tersebut secara terperinci. |