under developed | kurang membangun | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Keadaan yang menunjukkan tahap pembangunan ekonomi sesuatu kawasan yang rendah disebabkan oleh kurangnya potensi kawasan itu atau potensinya tidak dieksploitasi sepenuhnya. |
enclave economy | ekonomi kantungan | Ekonomi | Tiada | Kawasan ekonomi di negara membangun yang dicirikan oleh kewujudan bersama satu kawasan yang maju dari segi ekonomi dengan kawasan lain yang lebih besar di sekitarnya yang kurang mengalami sebarang pembangunan. Dalam ekonomi tersebut wujud dualisme. Lihat juga dualisme. |
emerging technology | teknologi memuncul | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang sedang membangun atau dijangka tersedia dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. |
pre-colonial society | masyarakat prakolonial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat negara sedang membangun yang wujud sebelum kedatangan penjajah. Masyarakat ini bersifat agraria, tertutup dan tidak terdedah kepada unsur kapitalisme dan perindustrian. Budaya politik masyarakat ini bersifat feudal dengan pemerintahan negara dikuasai oleh institusi monarki. Ekononi masyarakat ini masih bersifat sara diri dan hubungan antara anggota masyarakat masih bersifat egalitarian. Struktur sosial masyarakat ini adalah ringkas, homogen dan belum wujud imigrasi yang ketara. Penghijrahan dalaman masih terbatas, tahap pendidikan dan teknologi dalam masyarakat ini juga masih rendah. Contohnya, masyarakat Melayu Melaka sebelum kedatangan Portugis. |
computational molecular biology | biologi molekul pengkomputeran | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Bidang antara disiplin, yang membangun dan menggunakan kaedah pengkomputeran untuk menganalisis himpunan besar data molekul. Bidang ini bertujuan untuk membuat ramalan baru atau penemuan biologi baru. |
guided democracy | demokrasi terpimpin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang kuat dipengaruhi oleh pemimpin negara yang biasanya terdapat di negara yang sedang membangun. Demokrasi ini dikatakan terpimpin kerana masyarakat negara yang baru merdeka dianggap tjdak cukup matang untuk mengamalkan demokrasi liberal. Dalam demokrasi ini, kebebasan politik seperti bersuara, menubuhkan organisasi, menerbitkan akhbar dan buku serta kebebasan pembangkang terhad. Tokoh yang memperkenalkan idea ini di Indonesia ialah Soekarno ekoran daripada kegagalan demokrasi liberal yang diamalkan di negara tersebut sebelum itu. Beliau kemudiannya melancarkan zaman demokrasi terpimpin dengan mengimbangi kuasa tentera dan Parti Komunis dalam jentera pemerintahannya serta menolak peranan modenis Islam. Dalam sistem ini, Soekarno menggantung parlimen dan pilihan raya, memiliknegarakan pelbagai perusahaan yang besar (terutamanya milik Belanda) dan menahan penentang politiknya serta menghantar mereka ke pulau buangan. Beliau juga percaya bahawa hanya dengan campur tangan pemerintah akan memungkinkan pertumbuhan demokrasi bagi negara yang baru merdeka. |
foreign aid | bantuan asing | Ekonomi | Tiada | Bantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima. |
dependency | kebergantungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Wallerstein. |
neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |
traditional directed economy | ekonomi terarah tradisional | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menyelesaikan masalah pengeluaran dan pengedaran mengikut amalan tradisi, iaitu dengan menyerahkan proses pengeluaran dan pengedaran yang dilakukan oleh bapa kepada anak cucu secara warisan. Amalan ini sangat meluas di negara mundur dan di negara sedang membangun. Misalnya, di Malaysia, nelayan dan pembuat batik di Pantai Timur selalunya mewariskan pekerjaan mereka kepada anak masing-masing. |