Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangunkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redevelopmentpembangunan semulaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaAktiviti membangunkan semula keseluruhan atau se- bahagian besar kawasan usang yang telah dirobohkan.
servant leadershipkepemimpinan kebaktianPentadbiranTiadaKeupayaan seorang pemimpin dalam membangunkan pekerja dengan menggilap sepenuhnya potensi mereka ke arah melaksanakan tugas dengan lebih cekap. Misalnya, kepemimpinan komuniti, motivasi kendiri dan kemampuan kepemimpinan masa hadapan.
authoringpengaranganTeknologi Maklumate-PembelajaranProses mereka bentuk dan membangunkan bahan pengajaran atau latihan berbentuk multimedia atau perisian kursus.
natural attraction planningperancangan tarikan semula jadiPelanconganTiadaRancangan untuk membangunkan tarikan semula jadi yang terdapat di sesuatu kawasan.
compositionkomposisiKesusasteraanTiadaGubahan karangan yang lebih mementingkan unsur-unsur yang membangunkan karya dalam mencapai suatu kriteria yang tersusun, seimbang dan tepat bagi menghasilkan karya kesusasteraan.
Cosmetic Advertising CodeKod Pengiklanan KosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranPanduan kepada pihak industri kosmetik dalam membangunkan mesej pengiklanan dengan cara beretika. Kod pengiklanan kosmetik bertujuan untuk memastikan pemasaran dan pengiklanan kosmetik berasaskan herba adalah dengan cara yang menggalakkan penggunaan kosmetik yang berkualiti, bertanggungjawab secara sosial dan tidak mengelirukan atau menipu pengguna. Menurut kod tersebut, iklan mestilah mengandungi maklumat yang boleh dipercayai, tepat, jujur, informatif, seimbang dan terkini. Iklan tersebut mestilah berupaya untuk memberi pengesahan terhadap tuntutannya dan beradab. Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan yang mengelirukan atau tidak dapat disahkan tuntutannya atau maklumat yang disembunyikan bagi mendorong penggunaan tidak munasabah atau menimbulkan risiko yang tidak wajar. Pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap iklan yang diterbitkan.
motifmotifKesusasteraanPuisiPemikiran dan gagasan yang menjadi dasar dan menjiwai kesemua unsur lain yang membangunkan sesebuah puisi. Motif sentiasa muncul sama ada secara langsung atau tidak langsung di sepanjang proses tersebut.
archetype definition language (ADL)bahasa definisi arketip (ADL)Teknologi Maklumate-KesihatanBahasa formal yang mempunyai sintaks yang tersendiri dalam membangunkan sebuah perisian yang boleh disunting secara manual menggunakan penyunting teks biasa. Perisian yang dibangunkan banyak digunakan dalam bidang perubatan dan kesihatan.
epidemiologyepidemiologiPerikananAkuakulturKajian tentang perkaitan pelbagai faktor yang mempengaruhi kejadian penyakit ikan dan taburannya untuk mengenal pasti status penyakit dan seterusnya membangunkan program pencegahan dan kawalan penyakit tersebut.
e-learning templatestemplat e-pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranAcuan bagi reka bentuk, reka letak, simbol, tema, animasi atau mana-mana gabungan yang digunakan untuk membangunkan kandungan e-pembelajaran dengan cepat dan mudah.
123

Kembali ke atas