Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.tu] | ممبنتو

Definisi : memberi pertolongan, menolong, menyokong: keluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dgn modal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.tu] | ممبنتو

Definisi : memberikan pertolongan; menolong: Dia berjanji akan ~ kami jika kami mendapat kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantu

Puisi
 

Dewa-dewa melihat sakti,
     Diam dalam gua batu;
Jangan encik susah hati,
     Susah ada Tuhan membantu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reciprocitykesalinganSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik.
dramaturgdramaturgKesusasteraanTiadaIndividu yang membantu pengarah drama dalam mendapatkan maklumat tentang konteks sejarah drama dan biografi penulis serta membantu penulis drama memperincikan dan menyiapkan skrip.
accessory glandkelenjar aksesoriKejururawatanTiadaKelenjar yang membantu sesuatu organ menjalankan fungsinya. Contoh kelenjar air liur yang membantu organ penghadaman.
Gypsy verification environmentpersekitaran penentusahan GipsiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerUnitiliti pengaturcaraan bersepadu untuk bahasa pengaturcaraan Gipsi untuk membantu reka bentuk dan pengaturcaraan. Persekitaran ini digunakan untuk menghuraikan keperluan fungsian perisian yang dibangunkan, membantu penulisan kod atur cara, dan mengesahkan hasil pengaturcaraan. Utiliti bersepadu yang digunakan dalam persekitaran ini mengandungi sebuah penyunting kod, pemproses spesifikasi, penjana kriteria pengesahan, pembukti teorem, dan alat penjejakan aliran maklumat.
victim-offender relationshiphubungan mangsa-pesalahKriminologiKeadilan JenayahHubungan atau perkaitan yang wujud antara mangsa dengan pesalah yang membantu menjelaskan hal keadaan pemangsaan. Hubungan ini penting dalam proses pemprofilan mangsa jenayah. Contohnya, hubungan ini membantu pegawai penyiasat dalam mengenal pasti motif jenayah yang berlaku.
abetmentsekongkolSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau perbuatan individu, kelompok atau sesebuah organisasi membantu seseorang atau kelompok tertentu dalam persaingan kuasa politik di sesebuah negara. Tindakan ini bertujuan mencapai sesuatu matlamat bagi pihak yang memberi dan yang menerima bantuan itu. Contohnya, tindakan syarikat gergasi permotoran Amerika Syarikat iaitu Ford Motor bersekongkol dengan calon presiden republik Panama pada tahun 1952. Tindakan Syarikat Ford ini, telah berjaya membantu calon tersebut memenangi perebutan jawatan Presiden Panama. Sebagai balasannya, Syarikat Ford telah diberi hak pemilikan tanah perindustrian. Ini bertentangan dengan perlembagaan dan dasar sebelum tahun 1952 yang tidak membenarkan pemilikan tanah kepada warga asing. Sinonim persubahatan.
contribution in aid of ratecaruman/sumbangan membantu kadarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
expectorantekspektoranHerbaTiadaHerba yang membantu penyingkiran lendir dari paru-paru, hidung dan tekak. Herba ini digunakan dalam sediaan ubat batuk. Contoh herba ini ialah biji adas manis, akar manis, bawang putih, cabai ekor atau kemungkus, bidara, komkoma dan halba.
vulneraryvulneraryHerbaTiadaHerba yang membantu penyembuhan luka, lelas dan lecet. Contoh herba ini ialah lidah buaya, bawang putih, lada benggala dan paprika.
antibiliousantihempeduHerbaFitoterapiBahan yang membantu mengeluarkan hempedu berlebihan daripada badan.
12345678910...

Kembali ke atas