cancellation of authorisation | pembatalan kebenaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan kebenaran yang telah diberikan kepada pengilang, pengimport atau pemborong untuk pengilangan, pengimportan atau pemborongan sebarang produk herba. Di Malaysia, Pengarah Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan. |
cancellation of registration | pembatalan pendaftaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan pendaftaran produk yang telah diberikan kepada syarikat sekiranya didapati terdapat kecacatan pada kualiti, keselamatan, keberkesanan atau kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran. Produk yang dibatalkan pendaftarannya tidak boleh diimport, dikilang, dijual, dibekal, diguna atau dimiliki. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan. |
back out buyer | pembeli mungkir | Perniagaan | Tiada | Pembeli yang membatalkan pembelian tanpa sebarang notis atau hilang secara tiba-tiba setelah membuat pesanan daripada penjual. |
twisting | pembelitan | insurans | Tiada | Perbuatan mempengaruhi pemilik polisi supaya membatalkan polisinya dengan tujuan untuk menggantikan polisi tersebut dengan yang lain. Amalan ini dianggap tidak beretika kerana ia merugikan pemilik polisi. |
late cancellation | pembatalan lewat | Pelancongan | Tiada | Tindakan yang lambat untuk membatalkan sebarang tempahan pengangkutan atau penginapan dan boleh dikenakan caj. |
neutralizer muscle | otot peneutral | Sains Sukan | Biomekanik | Otot yang torknya berperanan membatalkan tork otot lain yang tidak diingini bagi membolehkan pergerakan yang dikehendaki sahaja dilakukan. |
cancellation fee | yuran pembatalan | Pelancongan | Tiada | Surcaj yang dikenakan kepada penumpang yang membatalkan perjalanan dalam tempoh tertentu. Sinonim cancellation penalty. |
incontestible period | tempoh tidak boleh runding | insurans | Tiada | Selepas sesuatu tempoh tertentu, insurer tidak boleh membatalkan polisi sekiranya tidak ada bukti yang menunjukkan insured cuba menipu melalui pemberian keterangan yang tidak betul atau menyembunyikan fakta. |
optionally renewable | boleh baharu beropsyen | insurans | Tiada | Kontrak insurans kesihatan yang memberi insurer sepenuh hak untuk membatalkan perlindungan pada ulang tahun atau dalam beberapa hal, pada tarikh premium patut dibayar. Insurer tidak berhak berbuat demikian pada masa di antara tarikh tersebut. |
no-show percentage | peratus tak hadir | Pelancongan | Tiada | Peratusan pelanggan yang tidak hadir pada waktu atau tarikh yang ditetapkan atau gagal untuk membatalkan tempahan. |