Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa

Puisi
 

Saya ke darat ke Pulau Lidi,
     Buah padi pisang jeranang;
Jangan diharap membawa diri,
     Hendak membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
columntiangKesenianHiasan DalamanKomponen binaan utama yang berbentuk memanjang secara menegak berfungsi untuk membawa beban atau penyokong unsur di atasnya. Tiang diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebarang bahan yang mampu membawa beban. Tiang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kepala, batang dan tapak. Dalam seni bina klasik dan purba Greek, terdapat beberapa bentuk atau susunan tiang yang dibentuk berasaskan pengiraan perkadaran yang tertentu, iaitu Dorik, Ionik dan Corinthia. Selain susunan tersebut, terdapat dua jenis susunan lain, iaitu Tuscan dan Komposit yang diperkenalkan di Rom. Tiang Mesir sering dihiasi dengan motif bunga, daun dan figura yang melambangkan aspek ketuhanan, manakala tiang kelompok terdiri daripada tiga atau empat batang tiang yang disusun rapat. Tiang berpintal banyak digunakan pada zaman Romanesque bagi mewujudkan suasana indah dan mewah.
zero-sum gamemainan campur tolakSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang menggambarkan keuntungan kepada sesuatu pihak dan membawa kerugian kepada pihak lain. Keadaan ini hanya membenarkan seorang juara atau pemenang dan tidak boleh dikongsi bersama. Contohnya, perebutan takhta oleh dua orang putera raja. Kemenangan salah seorang membawa makna kekalahan kepada pihak yang satu lagi. Kedua-dua putera tidak boleh menjadi raja dalam satu masa. Sifat politik Malaysia dari perspektif perkauman sering menggambarkan mainan campur tolak apabila sesuatu kaum yang mendominasi sesuatu bidang akan membawa kepada usaha pengekalan status quo. Sinonim mainan zero-sum.
glasnostKeterbukaanSains PolitikPolitik PerbandinganPolisi yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev pada tahun 1985 yang membawa makna keterbukaan atau publisiti (penghebahan). Matlamat Gorbachev untuk melancarkan dasar ini asalnya bertujuan memberi tekanan kepada golongan konservatif dalam parti yang menentang dasar penstrukturan ekonomi Soviet atau Perestroika. Perkembangan penggunaan konsep ini kemudiannya membawa makna keterbukaan politik seperti kebebasan bersuara, pentadbiran yang telus, terbuka kepada pertanyaan, kritikan dan perdebatan. Hasil daripada dasar ini, pemerintahan Soviet dekad 1990-an kemudiannya mengalami proses perubahan yang besar dan menjadi lebih demokratik. Sinonim glasnost.
hemehemFizikNanoteknologiMolekul porfirin yang mengandungi logam ferum dengan formula kimia C34H32O4N4Fe. Molekul ini menjadi komponen utama sel darah merah (hemoglobin). Fungsi utama heme dalam proses pernafasan adalah untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu badan dan seterusnya membawa balik karbon dioksida.
connotationpengertianKesusasteraanPuisiMakna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi.
pathogenpatogenKejururawatanTiadaMikroorganisma yang membawa penyakit atau kesan buruk kepada perumah atau hos.
carrierpembawaKejururawatanTiadaSeseorang yang membawa kuman penyakit tanpa menunjukkan tanda dan gejala jangkitan dan boleh memindahkan penyakit itu kepada orang lain.
alienationpengasinganSains PolitikPolitik PerbandinganProses yang membawa kepada terpisahnya individu daripada hasil pengeluaran apabila hak produk tersebut diberi kepada individu lain atau institusi tertentu. Dalam konteks revolusi industri, proses ini memisahkan individu dengan proses pengeluaran dan dunia kehidupannya kesan daripada pengkhususan kerja yang tinggi. Menurut Marx, buruh yang terpisah ini dianggap sebagai objek dalam Zaman Revolusi Perindustrian. Sinonim penyisihan.
symbollambangKesusasteraanPuisiPerkataan atau ungkapan yang membawa maksud lain daripada yang tertulis. Contohnya, gunung melambangkan cita-cita besar dan tinggi, ombak melambangkan cabaran atau dugaan hidup dan sebagainya. Sinonim simbol.
divine poetrypuisi kudusKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa tema dan persoalan tcntang ketuhanan atau kepercayaan terhadap agama. Contohnya, puisi dalam kumpulan Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah.
12345678910...

Kembali ke atas