Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayangi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
canzonacanzonaMuzikTiada

 I. Bentuk muzik instrumental abad ke-16 dan abad ke-17. Canzona terdiri daripada beberapa bahagian, contohnya AB dan bahagian ini boleh diulangi seperti ABBA. Tiap-tiap baris melodi dalam tekstur polifoni canzona digubah mengikut corak melodi yang seakan-akan sama. Ia membayangi genre sonata dan fuga Zaman Barok. Terdapat dua jenis canzona, iaitu canzona da sonare dan canzona keyboard. Canzona da sonare atau canzona ensembel diperkembang kepada sonata, konserto, dan karya beberapa gerakan muzik. Canzona keyboard dan ricercare diperkembang kepada fuga Zaman Barok.


2. Karya bertirik instrumental atau vokal pada abad kc-18 dan abad ke-19- Contohnya, "Voi eke sa pete" daripada opera Mozart yang bertajuk Le Nozze di Figaro, K. 492 U785-1786J,

Sinonim canzone.

clausulaclausulaMuzikTiada

 1. Kadens, terutamanya merujuk kepada kadens muzik polifoni abad ke-l6.

2.  Bahagian contrapunctus tanpa teks dalam organum Zaman Pertengahan. Clausula biasanya mengandungi beberapa lapis suara yang digubah kepada melodi canta secara contrapunctus dalam gaya discant. Clausula membayangi motetus Zaman Pertengahan.

capricciocapriccioMuzikTiada

 1. Karya yang mempunyai gaya gerakan harmoni dan contrapunctus yang luar biasa. Karya jenis ini bersifat seolah-olah tidak tentu arah. Capriccio biasanya digubah secara instrumental. Contohnya, Capriccio B minor, Op. 76, No. 2 oleh Brahms (1833-1897).

2. Karya abad ke-17 yang seakan-akan fuga. Capriccio bertempo laju dan mempunyai gaya yang bersemangat. Pada abad ke-17, capriccio merupakan satu daripada bentuk yang membayangi fuga Zaman Barok.


Kembali ke atas