vertical equity | ekuiti menegak | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak. |
income policy | polisi pendapatan | insurans | Tiada | Kontrak insurans hayat yang membayar pendapatan secara bulanan, berbeza dengan polisi insurans hayat yang membayar faedah atau manfaatnya sekali gus. |
victim compensation | pampasan mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk cara membayar ganti rugi kepada mangsa yang telah mengalami kemalangan atau kerugian akibat jenayah yang dilakukan terhadap mereka. Contohnya, pelaku yang telah menipu mangsa telah bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada mangsa skim penipuan. |
money flow | aliran wang | Ekonomi | Tiada | Pergerakan perbelanjaan pengguna dalam pasaran wang wujud apabila isi rumah membayar kepada firma ketika membeli barang dan perkhidmatan yang dimiliki oleh firma, dan apabila firma membayar kepada isi rumah ketika membeli perkhidmatan faktor pengeluaran yang dimiliki oleh isi rumah. |
financial guarantee bond | bon jaminan kewangan | insurans | Tiada | Bon yang memberi jaminan kepada pemberi pinjaman bahawa insurer akan membayar sejumlah wang yang tetap atau yang akan ditentukan, jika peminjam gagal membayar pinjaman. |
uninsured motorist coverage | pemotoran tidak berinsurans | insurans | Tiada | Perlindungan dalam insurans polisi automobil yang insurer dikehendaki membayar kerugian kepada insured yang mana menjadi tanggungjawab seorang pemotor yang lain, yang tidak berkemampuan untuk membayar oleh kerana tidak diinsuranskan. Perlindungan ini hanya diberi untuk kecederaan anggota badan sahaja dan juga kecederaan terhadap insured akibat kemalangan langgar lari. |
insurance contract | kontrak insurans | insurans | Tiada | Perjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. |
undereinsured motorist coverage | perlindungan pemandu insurans terkurang | insurans | Tiada | Perlindungan dalam polisi insurans motor yang insurer akan membayar ganti rugi sehingga had tertentu bagi kecederaan anggota badan jika had liabiliti di bawah polisi pengguna kenderaan tersebut telah digunakan sepenuhnya dan ia mampu untuk membayar keseluruhan amaun. |
insurance contract | kontrak insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. |
trade discount | diskaun perdagangan | Ekonomi | Tiada | Potongan ke atas harga barang yang disenaraikan dalam katalog barang oleh penjual borong atau pembekal kepada peruncit yang dapat membayar hutang lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan. Misalnya, diskaun perdagangan akan diberi jika pembeli boleh membayar dalam tempoh 7 hari bagi suatu pembelian kredit yang diberi tempoh pembayaran selama 30 hari. |