Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.la.ka.ngi] | ممبلاکڠي

Definisi : 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la.ka.ngi] | ممبلاکڠي

Definisi : 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelakangi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back-to-backbelakang membelakangiKomunikasi MassaTiadaTiada
tail of cometekor kometMatematikTiadaAwan gas yang lebar memanjang, biasanya, membelakangi matahari dan kelihatan apabila mendekat perihelionnya dan hilang semula secara beransur-ansur apabila komet beredar menjauhi matahari.
dusk sidesisi senjaMatematikTiadaBahagian muka planet atau jasad samawi yang kian membelakangi arah gerakan orbitnya.
code of behaviourkod tingkah lakuPentadbiranPentadbiran Awam

Peraturan, peruntukan dan arahan khas yang dinyatakan dengan jelas dalam satu dokumen bertulis mengenai kelakuan dan tatatertib. Kod tingkah laku ini menjadi panduan kepada pihak tertentu di bawah sesuatu bidang kuasa. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia para hakim tertakluk kepada Kod Etika Hakim (1994) sepanjang menjalankan tugas mereka. Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam kod etika ini membolehkan seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya. Antara perkara yang dinyatakan dalam kod tersebut ialah; para hakim tidak boleh (i) bertindak kurang cekap, kurang berusaha dan membelakangi tugas-tugas kehakiman, (ii) berkelakuan tidak jujur dan mencemarkan nama badan kehakiman, (iii) melenggah-lenggah kes tanpa sebarang alasan yang munasabah, (iv) tidak mematuhi arahan statutori, (v) tidak hadir ke mahkamah pada waktu pejabat, dan (vi) perlu mengisytiharkan harta secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara.


Kembali ke atas