rectifier | rektifier | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Komponen litar tak linear yang membenarkan arus untuk mengalir lebih pada satu arah berbanding dengan arah yang lain. Secara unggul komponen tersebut membenarkan arus mengalir pada satu arah tanpa halangan tetapi tidak membenarkan arus untuk mengalir pada arah yang berlawanan. |
semipermeable membrane | selaput semitelap | Fizik | Haba | Selaput yang membenarkan pelarut melaluinya tetapi tidak membenarkan sebatian terlarut atau koloid. |
partial confinement | kurungan separa | Fizik | Nanoteknologi | Suatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh. |
permeable membrane | membran telap | Kimia | Biokimia | Membran yang membenarkan cecair, molekul atau ion zat terlarut melaluinya tetapi tidak membenarkan zarah berukuran koloid atau lebih. |
pin joint | sendi cemat | Mekanik | Gunaan | Sendi yang membenarkan putaran pada titik sambungan anggota-anggota struktur tetapi tidak membenarkan gerakan nisbi linear. Sendi ini menerbitkan daya tindak balas untuk merintangi kecenderungan bergerak secara linear tetapi tidak boleh menerbitkan sebarang momen tindak balas untuk menghalang putaran nisbi. Sendi cemat biasanya dibentuk daripada satu cemat yang dimasukkan ke dalam lubang yang berada pada anggota-anggota yang tersambung itu. ada juga sambungan jenis lain yang boleh diambil sebagai sendi cemat untuk tujuan analisis kerana memiliki ciri yang diperihalkan tadi, misalnya sambungan kimpalan. |
virtual machine | mesin maya | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang membenarkan suatu mesin (komputer) melaksanakan atur cara seolah-olah pada mesin sebenar. Mesin maya dibahagikan kepada dua kategori utama berdasarkan kegunaan dan padanan pada sebarang mesin sebenar. Contoh kategori kegunaan dalam mesin maya ialah perisian membenarkan aplikasi Java untuk dilaksanakan pada komputer apabila pembangun membangunkan atur cara dalam bahasa pengaturcaraan Java. Contoh kategori padanan dalam mesin maya pula ialah perisian membenarkan sistem pengendali Linux digunakan pada mesin sebenar yang menggunakan sistem pengendali Windows. |
opacity | kelegapan | Biologi | Ekologi | Darjah kekaburan cahaya, misalnya cermin tingkap yang mempunyai kelegapan kosong membenarkan semua cahaya menembusinya, manakala dinding yang mempunyai kelegapan 100% tidak membenarkan cahaya menembusinya. |
Internet SCSI (iSCSI) | Internet SCSI (iSCSI) | Teknologi Maklumat | Perisian | Protokol yang membenarkan pelanggan menghantar perintah SCSI kepada storan SCSI pada pelayan jauh. Protokol ini merupakan protokol SAN yang sangat terkenal yang membenarkan organisasi menjimatkan storan kerana menggunakan tatasusunan storan pusat. Tatasusunan ini juga menyediakan hos seperti pangkalan data dan pelayan web. Internet SCSI boleh dilaksanakan secara jarak jauh dengan menggunakan prasarana rangkaian yang sedia ada, manakala saluran gentian memerlukan pengkabelan tugas khas. |
genome plasticity | keliutan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Keupayaan meliut semula jadi dalam genom prokariot yang membenarkan pertukaran cairan DNA dari satu organisma ke organisma yang lain. Keliutan genom membenarkan prokariot mengadaptasikan genom mereka dengan pantas bagi membolehkan mereka bermandiri dengan perubahan persekitaran. |
semipermeable membrane | membran separuh telap | Kimia | Biokimia | Membran berstruktur mikroliang asli atau tiruan yang hanya membenarkan molekul-molekul kecil seperti air, ion dan beberapa pelarut tertentu melaluinya tetapi tidak membenarkan molekul seperti kanji atau zarah-zarah koloid. Membran ini bertindak sebagai turas atau tapis yang sangat berkesan. |