Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.hen.ti.kan] | ممڤرهنتيکن

Definisi : 1. menjadikan (menye­bab­kan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diber­hentikan; 3. memecat, melepaskan sese­orang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
layoffhenti kerja sementaraPentadbiranTiadaTindakan memberhentikan secara sementara atau tetap seorang pekerja atau tenaga kerja.
brakebrekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk memberhentikan sesuatu mekanisme atau benda daripada bergerak.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara.
shutdown marginjidar pemberhentianSains NuklearKejuruteraan ReaktorUkuran margin keselamatan untuk memberhentikan kendalian reaktor nuklear dengan selamat.
automatic titratorpentitrat automatikKimiaKimia AnalisisAlat untuk merakam lengkung titratan atau memberhentikan suatu pentitratan pada takat akhir secara mekanikal atau elektrikal.
brake pedalinjak brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang dipijak dengan kaki untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan.
stop bathcecah bantutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu langkah mencuci filem untuk memberhentikan tindak balas bahan kimia pembangun yang berkeadaan alkali. Bahan kimia yang digunakan bersifat asid, pada suhu dan masa tertentu, serta dilakukan di dalam bilik gelap.
reactor protection system (RPS)sistem perlindungan reaktorSains NuklearKejuruteraan ReaktorRangkaian peralatan dan peranti dalam sistem instrumentasi dan kawalan reaktor yang memberhentikan kendalian reaktor nuklear secara automatik apabila parameter keselamatan mencecah had nilai tetapan.
brake sistemsistem brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang terdiri daripada silinder induk, salur brek, silinder roda dan kasut brek yang digunakan untuk memberhentikan kenderaan.
codonkodonFizikNanoteknologiSatu rantaian tiga nukleotid pada mRNA yang membentuk kod genetik bagi menghasilkan asid amino tertentu ke dalam rantai polipeptida semasa proses sintesis protein atau isyarat untuk memberhentikan sintesis protein tersebut.

Kembali ke atas