Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bia.sa.kan] | ممبياساکن

Definisi : 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bia.sa.kan] | ممبياساکن

Definisi : 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiasakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weaningcerai susuKependudukanTiadaMembiasakan bayi kepada makanan lain selain susu ibunya.
weaningcerai susuSosiologiTiadaMembiasakan bayi kepada makanan lain selain susu ibunya.
weaningcerai susuVeterinarTiadaMembiasakan bayi kepada makanan lain selain susu ibunya.
weaningcerai susuPsikologiTiadaMembiasakan bayi kepada makanan lain selain susu ibunya.
weaningcerai susuPentadbiran PerniagaanTiadaMembiasakan bayi kepada makanan lain selain susu ibunya.
acclimationsuai iklim/aklimasiPerubatanTiadaProses membiasakan diri dengan iklim atau persekitaran baru.
acclimationsuai iklim/aklimasiPertanianSains TanahProses membiasakan diri dengan iklim atau persekitaran baru.
practice itemssoalan latihanPendidikanTiadaSoalan untuk memberi peluang kepada calon melatih dan membiasakan diri dengan bentuk soalan sebenar.
interim denturedentur interimPerubatanTiadaDentur yang digunakan dalam jangka masa pendek untuk memperbaiki rupa, fungsi, topangan oklusi atau kesenangan pesakit membiasakan diri dengannya. Sinonim: dentur sementara.
needle desensitizationpenyahpekaan jarumPergigianTiadaKaedah pengurusan sikap pesakit yang takut kepada suntikan. Kaedah ini melibatkan beberapa langkah iaitu pertama, meletakkan jarum yang tertutup ke gusi pesakit. Kedua, penggunaan bius topikal diikuti dengan peletakan semula jarum tertutup ke gusi pesakit dan seterusnya penutup jarum dibuka dan suntikan dibuat. Tujuan kaedah ini untuk menenangkan pesakit supaya percaya kepada perawat dan menerima kaedah rawatan tersebut. Seterusnya pesakit akan membiasakan diri dengan rangsangan yang menyakitkan.

Kembali ke atas