premium loading | bebanan premium | insurans | Tiada | Amaun yang ditambah ke atas kos insurans tulen untuk membiayai kos, kendalian insurer, kerugian yang mungkin melebihi jangkaan perangkaan dan kesan turun-naik kadar pulangan pelaburan insurer. |
Eurodollar | Eurodolar | Ekonomi | Tiada | Dolar Amerika yang disimpan di bank luar Amerika Syarikat terutamanya di Eropah, untuk membiayai perdagangan antarabangsa dan pinjaman kerana mudah ditukar ke mata wang yang lain. |
loss development factor | faktor perkembangan kerugian | insurans | Tiada | Faktor ini ialah untuk memberi insurer wang tambahan bagi membiayai perkembangan kerugian seterusnya dan membayar tuntutan yang lewat dilaporkan. Faktor ini diperkenalkan khusus untuk mengambil kira kenaikan kos kerugian akibat inflasi bagi tuntutan yang mengambil masa panjang untuk diselesaikan. |
animal pound | paun haiwan | Veterinar | Tiada | Tempat simpanan sementara haiwan terbiar sehingga dituntut oleh pemiliknya atau sehingga dijual untuk membiayai kos penjagaan. |
bridging finance | pembiayaan penyambung | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu bentuk pinjaman jangka pendek yang diberikan kepada pemaju perumahan untuk tujuan membiayai segala kos dan perbelanjaan yang terlibat pada peringkat pembinaan kerja-kerja pembangunan perumahan. |
net annual premium | premium tahunan bersih | insurans | Tiada | 1. Amaun premium tahunan selepas ditolak komisen ejen. 2. Premium tulen yang perlu dibayar untuk membiayai kerugian yang dijangka. 3. Premium asal selepas ditolak dividen. Premium ini dibayar atau yang dijangka bagi insurans hayat sertaan apabila insured memilih untuk menggunakan dividennya bagi membayar premium. |
opportunity structure | struktur peluang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Faktor luaran yang mengehadkan atau mengupayakan sesuatu kelompok dalam masyarakat untuk maju dari segi aspek sosial. Contohnya, kekurangan peluang untuk membiayai pendidikan tinggi menyebabkan kelompok masyarakat yang terlibat cenderung memilih jenayah sebagai cara untuk mencapai kejayaan material. |
loss conversion factor | faktor penukaran kerugian | insurans | Tiada | Rumus digunakan dalam pelan pengkadaran retrospektif. Faktor ini ialah amaun yang ditambah ke atas kerugian di dalam satu rumus yang menyediakan dana untuk insurer membiayai penyiasatan tuntutan. |
overriding commission | komisen overiding | insurans | Tiada | 1. Komisen yang diterima oleh ejen atau broker ke atas urus niaga yang dibuat oleh subejen dalam kawasan pengantara tersebut. 2. Elaun yang dibayar kepada syarikat mengesid yang melebihi kos terperoleh untuk membiayai belanja asas, selalunya termasuk keuntungan. |
debt servicing | bayaran khidmat hutang | Ekonomi | Tiada | Bayaran faedah dan pokok ke atas pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan dari sumber dalam dan luar negeri. Bayaran ini merupakan salah satu komponen perbelanjaan pengurusan kerajaan di Malaysia yang telah membuat pinjaman atau hutang untuk membiayai projek pembangunan. |