romance | roman | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirny |
pyrometallurgy | pirometalurgi | Kejuruteraan | Tiada | Subbidang metalurgi yang membicarakan proses dan teknik yang menggunakan haba untuk mendapatkan logam bijih. |
satiric drama | drama satira | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang membicarakan persoalan secara ironi atau sindiran. |
satirical poem | puisi satira | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang membicarakan persoalan dengan menggunakan unsur-unsur ironi atau ejekan. |
ethics | etika | Sejarah | Tiada | Subbidang ilmu falsafah yang membicarakan tentang perilaku atau moral semula jadi manusia. |
madrigal | madrigal | Kesusasteraan | Tiada | 2. Sajak lirik pendek, biasanya membicarakan tentang tema cinta dan pastoral, ditulis untuk menjadi muzik atau nyanyian latar. |
physical metallurgy | metalurgi fizikal | Kejuruteraan | Tiada | Subbidang metalurgi yang membicarakan sifat-sifat fizik dan mekanik logam. |
neuropsychology | neuropsikologi | Psikologi | Psikologi Umum | Cabang ilmu psikologi yang membicarakan tentang aktiviti saraf dalam tingkah laku individu. Bidang ini mempunyai kaitan dengan bidang psikologi lain seperti psikologi biologi, psikologi fisiologi atau fisiologi tingkah laku. Antara aspek yang dilihat ialah ciri-ciri saraf dan aktivitinya dalam penghantaran maklumat saraf untuk mengendalikan tingkah laku terutama sekali yang melibatkan kemandirian manusia dan haiwan. Ahli neuropsikologi mengkaji otak dan sistem saraf lain untuk memahami secara mendalam fenomena psikologi seperti kesedaran, persepsi, memori, emosi, kecelaruan mental dan identiti diri. |
acoustooptics | ilmu akusto-optik | Fizik | Optik | Ilmu fizik yang membicarakan tentang saling tindakan di antara gelombang akustik dan cahaya. |
Election Judge | Hakim Pilihan Raya | Undang-undang | Tiada | Hakim yang membicarakan petisyen pilihan raya. |