disinfectant | penyahjangkit/ disinfektan) | Perubatan | Tiada | Bahan yang berkeupayaan membinasakan ataupun membasmi bakteria dan mikroorganisma lain. |
disinfectant | penyahjangkit/ disinfektan) | Perubatan | Tiada | Bahan yang berkeupayaan membinasakan ataupun membasmi bakteria dan mikroorganisma lain. |
criminal damage | kerosakan jenayah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan membinasakan atau merosakkan harta kepunyaan pihak lain tanpa alasan yang diizinkan oleh undang-undang, dengan niat atau secara melulu tanpa mengira sama ada harta tersebut akan binasa atau rosak. |
insecticide | racun serangga | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Bahan yang diadun khusus untuk membinasakan serangga. |
cell-free extract | ekstrak bebas sel | Biologi | Genetik | Sediaan yang diperoleh dengan cara memecahkan sel tanpa membinasakan organel dan zarah dalaman sel. |
Tungkuska Event | Peristiwa Tunguska | Matematik | Tiada | Peristiwa yang dipercayai sebagai bebola api raksasa yang meletup pada 30 Jun 1908 di Siberia Tengah dan membinasakan satu kawasan yang luas. |
tornado | puting beliung | Sains | Hidrometeorologi | Turus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir selalu kelihatan seperti awan corong atau tuba. pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteksnya yang bergaris pusat melebihi 100 meter, berputar dengan kelajuan angin antara 150 � 500 km/j. Arah gerakan umum tornado dikawal oleh gerakan awan induk. Tornado terjadi di semua benua tetapi yang selalu berlaku ialah di Australia dan Amerika Syarikat dengan purata kejadian antara 140 � 150 setahun. Tornado terjadi sepanjang tahun dan sebarang masa dalam sehari, tetapi paling kerap semasa musim bunga pada tengah hari dan petang. Perbezaan kadang kala dibuat antara tornado siklon yang berlaku dalam peredaran siklon induk yang telah mantap terbentuk dan tornado olakan, iaitu tornado yang terjadi dengan cara lain. |
tornado | tornado | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Turus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir selalu kelihatan seperti awan corong atau tuba. pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteksnya yang bergaris pusat melebihi 100 m, berputar dengan kelajuan angin antara 150 km/j hingga 500 km/j. Arah gerakan umum tornado dikawal oleh gerakan awan induk. Tornado terjadi disemua benua tetapi yang selalu berlaku ialah di Australia dan Amerika Syarikat dengan purata kejadian antara 140 hingga 150 setahun. Tornado terjadi sepanjang tahun dan sebarang masa dalam sehari, tetapi paling kerap semasa musim bunga pada tengah hari dan petang. |
shock wave | gelombang kejutan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Gelombang mampatan yang berpunca daripada letupan dan pergerakan jasad pada halaju supersonik yang bergabung menjadi satu gelombang yang lebih bertenaga dan bergerak pada halaju supersonik. Gelombang ini membinasakan dan juga berguna untuk menyediakan suhu tindak balas yang tinggi bagi penyelidikan. |