pour point | titik tuang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Suhu terendah yang membolehkan cecair mengalir dengan bebas. Bagi membolehkan enjin beroperasi tanpa sebarang masalah pelinciran, minyak pelincir yang digunakan perlu mempunyai titik tuang kurang daripada suhu sekitaran yang minimum. Contoh titik tuang untuk minyak hidraulik 10W ialah - 39°C. |
central alarm station | stesen penggera pusat | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pepasangan yang membolehkan pemantauan dan penaksiran penggera secara lengkap dan berterusan. Stesen penggera pusat juga membolehkan komunikasi antara pasukan pengawal keselamatan, pengurusan kemudahan dan pasukan gerak balas. |
climbing fiber | gentian memanjat | Sains Sukan | Biomekanik | Gentian khusus dalam serebelum yang berfungsi untuk membolehkan sistem motor biologi beradaptasi dengan rangsangan sensori baharu bagi membolehkan proses pembelajaran motor. |
myelinization | kemielinan | Sains Sukan | Biomekanik | Lapisan yang menyelaputi akson pada neuron bagi membolehkan neuron berfungsi untuk mengkonduksi impuls saraf. Lapisan yang disebut sebagai salut mielin ini menyelaputi struktur akson bagi membolehkan impuls saraf bergerak dengan lebih cepat. |
consolidated health informatics (CHI) | informatik kesihatan tergabung (CHI) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Inisiatif yang membolehkan piawaian pengurusan maklumat kesihatan bagi memudahkan transformasi sektor swasta kepada saling beroperasi dalam sistem teknologi maklumat kesihatan (HIT). Ini membolehkan sistem yang berlainan berinteraksi dalam piawaian yang sama. Piawaian ini termasuk kesihatan aras 7 (HL7), pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM) dan tatanama perubatan bersistem - terminologi klinikal (SNOMED-CT). |
web conference | sidang web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video. |
buoyant force | daya apung | Sains Sukan | Biomekanik | Daya tolakan yang disebabkan oleh tekanan cecair untuk membolehkan objek terapung. Daya apung diaplikasikan menggunakan Prinsip Archimedes. Jumlah daya apung bersamaan dengan berat cecair yang disesarkan oleh objek apabila objek direndam dalam cecair tersebut. Daya apung membolehkan objek terapung atau kelihatan ringan. |
patient record locator | pengesan rekod pesakit | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti dalam sistem komputer yang membolehkan doktor dan jururawat mendapatkan rekod kesihatan elektronik pesakit yang lengkap seperti rekod perubatan elektronik (EMR), rekod perubatan ambulatori (AMR) dan preskripsi data dari pelbagai lokasi. Rekod ini mudah diakses dan membolehkan doktor memberikan rawatan kepada pesakit dengan lebih cepat dan berkualiti tinggi. |
flashback | imbas kembali | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res. |
aside | aisik kuat | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang membolehkan pelakon mendedahkan pemikiran dan emosinya tentang watak lain atau sesuatu peristiwa kepada penonton. Pada waktu itu, pelakon lain berada di atas pentas, dan mereka seolah-olah tidak mendengar bisikan kuat itu. Teknik ini digunakan dalam drama Shakespeare, opera Cina, drama Sanskrit, dan bangsawan. Lihat juga senandika. |