dual-brake sistem | sistem brek duaan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem brek yang mengandungi dua sistem hidraulik berasingan � satu sistem digunakan untuk membrek roda depan dan satu lagi untuk membrek roda belakang. |
rim strip | pencengkam rim | Sukan | Lumba Basikal | Kepingan yang dibentuk khusus untuk kemudahan membrek. |
brake disc | cakera brek | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kepingan logam berbentuk bulan leper yang digunakan untuk membrek. |
air brake | brek udara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem brek yang menggunakan mampatan udara untuk membekalkan daya tolakan semasa membrek. |
antilock brake sistem | sistem brek antikunci | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem yang dipasang pada brek kenderaan, untuk menghalang roda kenderaan terkunci semasa membrek. |
disc | cakera | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kepingan logam berbentuk bulat yang berputar dalam sistem brek cakera, untuk membolehkan pad brek mengapit semasa membrek. |
brake shoe | kasut brek | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kepingan logam berbentuk melengkung yang menempatkan pelapik brek yang ditekan melawan bahagian gelendong berputar untuk membrek. |
power brakes | brek kuasa | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem brek yang menggunakan medium hidraulik, vakum dan tekanan atmosfera untuk memberikan daya yang diperlukan semasa membrek. |
wheel cylinders | silinder roda | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian sistem brek hidraulik yang menerima tekanan daripada silinder induk dan menekan kasut brek ke gelendong semasa membrek. |
hellaflush tyre | tayar kangkang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tayar yang berada pada kedudukan terkeluar daripada ruang roda yang sepatutnya kerana pemilik kenderaan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar tersebut sehingga menyebabkan tayar itu perlu ditarik ketika dipadankan pada rim dan berada dalam posisi senget atau condong. Tujuannya adalah untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar tersebut kelihatan seperti terkangkang. Penggunaan tayar kangkang pada kenderaan boleh menjejaskan kecekapan tayar ketika membrek, terutama pada permukaan yang basah dan mengurangkan jangka hayat tayar. |