Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
membuatkan
membuatkan
[mem.buat.kan] |
ممبواتکن
Definisi :
membuat sesuatu utk: ia ~ adiknya segelas minuman;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.buat.kan] |
ممبواتکن
Definisi :
membuat utk: Maheran ~ anaknya sehelai baju.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
membuatkan
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(28)
Kamus Bahasa Inggeris
(10)
Istilah Bahasa Melayu
(57)
Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
(3)
Kamus Sains
(1)
Khidmat Nasihat
(19)
Artikel Akhbar
(1)
Ensiklopedia
(8)
Glosari Dialek Kelantan
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
moon illusion
ilusi bulan
Psikologi
Psikologi Umum
Ilusi yang
membuatkan
individu melihat bulan yang berada di ufuk lebih besar daripada di tengah langit. Ketika bulan berada di tengah langit. Contohnya, dua biji belon yang sama saiznya diletakkan pada jarak berbeza. Belon yang jauh terpaksa dibesarkan sehingga imejnya sama saiz dengan belon yang dekat. Individu menyedari bahawa kedua-duanya sama saiz apabila berdekatan. Hal ini bermakna tanda saran kedalaman telah
membuatkan
saiz bulan yang sama kelihatan berbeza keranaufuk, objek-objek seperti bangunan, pokok, gunung-ganang yang jelas pada kedudukan dekat dan berbalam-balam pada kedudukan jauh akan menjadikan bulan lebih jauh daripada ketika berada di tengah langit. Oleh itu, bulan yang sama saiz tanpa mengira jaraknya, akan dipersepsikan lebih besar semasa di ufuk daripada di bulan di ufuk seharusnya dilihat sama saiznya. Oleh sebab itu, bulan seharusnya kelihatan lebih kecil.
capture
tawan; tangkapan
Kejuruteraan
Tiada
Proses yang
membuatkan
atom atau sistem nukleus bertambah zarah komponennya.
psychodrama
psikodrama
Psikologi
Psikologi Umum
Terapi yang
membuatkan
klien melahirkan konflik dan perasaan dalamannya terhadap orang lain yang bertindak sebagai pelakon tambahan. Contohnya, individu yang bermasalah boleh bertindak atau melahirkan kemarahannya kepada ahli terapi yang berperanan sebagai bapa, sementara orang lain boleh memainkan peranan sebagai adik, abang, kakak, ibu serta orang lain dalam keluarganya.
closing a circuit
menutup litar
Teknik
Elektrik
Membuatkan
sesuatu litar itu berada dalam keadaan hidup. Lihat juga litar tertutup.
deionization potential
keupayaan nyahion
Kejuruteraan
Tiada
Keupayaan yang
membuatkan
pengionan gas terhenti.
addictive
menagihkan
Perubatan
Tiada
Berkaitan dengan bahan yang boleh
membuatkan
individu bergantung padanya
firestorm
ribut kebakaran
Kejuruteraan
Tiada
Kebakaran besar setempat yang
membuatkan
angin dari semua arah bergerak pantas menuju ke tempat kebakaran tersebut.
computer animation
animasi komputer
Teknologi Maklumat
Tiada
Proses yang
membuatkan
objek tampak seperti bergerak dengan memaparkan satu siri gambar secara pantas yang setiap satunya mempunyai kedudukan yang berbeza.
linear perspective
perpsektif linear
Psikologi
Psikologi Umum
Perspektif yang
membuatkan
individu melihat kedalaman pada gambar atau permukaan dua dimensi dan mengagak kedalamannya dengan sebelah mata. Tanda saran ini berasaskan kepada kenyataan bahawa dua garisan yang selari akan bertemu di hujungnya. Contohnya, individu yang berdiri di antara dua garisan lurus dan selari seperti landasan keretapi akan melihatnya sebagai dua garisan yang bertemu di penghujungnya dan dengan itu mempersepsikannya sebagai jauh.
delusional perception
persepsi berdelusi
Psikologi
Psikologi Umum
Proses yang
membuatkan
otak menyusun dan menginterpretasikan sensasi persekitaran tetapi maklumat dan interpretasi itu mungkin berbaur dengan pendapat atau kepercayaan palsu atau tidak berasas. Contohnya, pokok pisang yang dilihat pada waktu malam, diinterpretasikan sebagai satu lembaga yang menakutkan.
1
2
3
4
5
6
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...