Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya;Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membunuh

Puisi
 

Bukan bukit saja meruntuh,
     Orang Serani meruntuh juga;
Bukan penyakit saja membunuh,
     Dendam berahi membunuh juga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
justifiable homicidepembunuhan berkewajaranKriminologiKeadilan JenayahTindakan membunuh yang mempunyai alasan yang dibenarkan sama ada oleh undang-undang atau moral. Contohnya, dari sudut undang-undang jenayah, seseorang yang dituduh membunuh boleh membela diri dengan membangkitkan pembelaan pertahanan persendirian.
felonyjenayah beratKriminologiKeadilan JenayahKesalahan serius yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh minimum tidak kurang daripada satu tahun. Pengelasan jenayah ini dibuat mengikut undang-undang yang terpakai di sesebuah negara. Contohnya, kesalahan membunuh, percubaan untuk membunuh, pengubahan wang haram dan rompakan. Sinonim feloni.
antimicrobialantimikrobFizikNanoteknologiBahan yang membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikrob, seperti bakteria, kulat, virus, dan parasit. Contohnya, antibiotik yang digunakan sebagai ubat bagi merawat jangkitan. Antimikrob sangat penting dalam industri tekstil, penyahjangkitan air, ubat, dan pembungkusan makanan. Nanozarah logam oksida, contohnya perak dipakai secara meluas sebagai antimikrob untuk membunuh bakteria dan mikrob-mikrob lain tanpa memberikan kesan toksik kepada persekitaran.
antimicrobialantimikrobHerbaFitoterapiBahan yang membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti kulat, bakteria atau protozoa.
uxoricidepembunuhan isteriKriminologiKeadilan JenayahTindakan membunuh yang dilakukan oleh suami atau bekas (mantan) suami terhadap mangsa yang merupakan isteri atau bekas isteri pelaku.
fungicidefungisidHerbaPemiawaianAgen yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat. Contohnya, minyak pati daripada serai wangi (Cymbopogon nardus).
bactericidalbakterisidalKejururawatanTiadaBahan yang berupaya untuk membunuh bakteria. Contohnya Cidex.
cytotoxicsitotoksikHerbaPemiawaianSifat agen yang menyekat dan membunuh pertumbuhan sel kanser dalam tubuh. Contohnya, ekstrak daun kemunting cina (Catharanthus roseus) bersifat sitotoksik terhadap sel kanser payudara.
vermicidevermisidHerbaPemiawaianEkstrak herba yang digunakan untuk membunuh cacing dalam usus. Contohnya, esktrak rizom lempoyang (Zingiber zerumbet).
child murderpembunuhan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan membunuh yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu terhadap mangsa kanak-kanak.
1234

Kembali ke atas