jetty | jeti | Geografi | Tiada | 1. Struktur yang dibina mengunjur ke laut, tasik atau sungai untuk memecah arus atau ombak dan melindungkan sebuah pelabuhan. Juga melindungi tanah daripada hakisan dan gerakan. |
jetty | jeti | Kejuruteraan | Tiada | 1. Struktur yang dibina mengunjur ke laut, tasik atau sungai untuk memecah arus atau ombak dan melindungkan sebuah pelabuhan. Juga melindungi tanah daripada hakisan dan gerakan.,2. Dek di atas cerucuk di pinggir air dan digunakan sebagai pentas untuk pendaratan. |
duct | salur | Teknik | Elektrik | 1. Tiub logam panjang dengan keratan rentasnya berbentuk segi empat bujur tanpa berpenutup di hujungnya. Tiub ini merupakan tempat laluan kabel yang biasanya dipasang tersembunyi dalam tanah atau lantai. Salur digunakan dalam pendawaian kerana salur dapat menyediakan pendawaian walaupun kedudukan alat sebenar belum diketahui, mudah diubah/ditambah litar tanpa perlu memecah simen penutupnya, kemas dan teratur. Biasanya salur digunakan untuk pendawaian seperti di makmal, dan pejabat. Nama lainnya ialah salur bawah lantai. 2. Laluan pengaliran udara untuk penyejukan mesin elektrik atau bilik, dalam sistem penyaman udara. |
Cold stratification | Stratifikasi sejuk | Pertanian | Agronomi | Sejenis rawatan terhadap biji benih tanaman di kawasan temperat untuk memecahkan dormansi biji benih. Biji benih tidak bercambah sehingga ia terdedah kepada suhu sejuk yang harus dilalui dalam keadaan semula jadi untuk memecah dormansi. Dalam kaedah ini biji benih direndam dalam air yang disejukkan sehingga 1 hingga 3 oC dalam tempoh 1 hingga 3 bulan |