Keadaan yang mencerminkan kedudukan kestabilan politik dalam sesebuah negara. Keadaan ini melibatkan tingkat keamanan, keselamatan, kedudukan pemerintahan, persaingan yang wujud, kecenderungan berlaku peperangan atau kerjasama, kehadiran unsur yang memecahbelahkan atau tidak, mahupun tingkat integrasi kaum. Persekitaran politik ini turut mengambil kira kekuatan kerajaan yang ada di samping potensi pembangkang merebut kuasa. Faktor sosial dan ekonomi turut memberi pengaruh yang kuat dan menjadi perhatian para pelabur yang ingin menanam modal atau pihak tertentu yang berhasrat menjalankan hubungan kerjasama.
Thanks for clicking. That felt good.