Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.gang] | ممݢڠ

Definisi : 1. memaut (menggenggam, men­capai) dgn tangan, menangkap (pencuri dll): ia terperanjat apabila orang ~ bahunya; tangan kanannya ~ beg; ~ pencuri menang­kap pencuri; 2. memakai (menggunakan) senjata dll: seluruh pasukan itu ~ senapang; orang yg tidak ~ kad pengenalan orang yg tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan; 3. menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dll), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dll): penghulu-penghulu yg ~ bala tentera; segala yg ~ hasil negeri; maka pd masa itu Inggeris ~ perintah dlm Melaka; dia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; 4. melak­sanakan (perintah, aturan, dll), mematuhi: ia ~ segala peraturan; 5. berpegang teguh pd (janji dll), menerima (sbg sesuatu yg boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dll): mereka tetap ~ adat; cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai; 6. mema­suki tubuh manusia (bkn hantu dll), merasuk: saya ini dah dipegang syaitan; ~ amanah menjalankan amanah; ~ buku mengurus buku kira-kira (dlm perniagaan); ~ cempurit a) memegang pimpinan; b) memim­pin sesuatu gerakan (dgn rahsia); ~ kemudi a) memandu (kereta dll); b) memimpin (per­satuan dll); ~ peranan menjalankan peranan; ~ wang (duit) a) menggenggam wang; b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dll); c) mempunyai wang; bagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan serba salah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.gang] | ممݢڠ

Definisi : 1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangan menggenggam sesuatu: Sambil bersalam, tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Benang bertali,
     Anak putu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Memegang besi panas (= hangat).

Bermaksud :

Melakukan sesuatu dengan kekhuatiran (waswas dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chuckpencekauKejuruteraanKejuruteraan BangunanPeranti yang digunakan untuk memegang dawai keluli atau memegang batang keluli atau memegang kabel dengan menggunakan bebaji yang berbentuk silinder menirus.
pawned holdingmemegang gadaianEkonomiEkonomi IslamPerihal barang gadaian yang berada di tangan pegadai secara fizikal atau secara undang-undang. Pegadai perlu memegang, menyimpan dan mengurus barang gadaian sebagai satu amanah dan bertanggungjawab menjaga keselamatan barang tersebut. Pegangan secara fizikal bagi barang gadaian yang terdiri daripada barang alih adalah seperti barang kemas, pakaian dan kenderaan. Pegangan secara undang-undang bagi barang gadaian yang terdiri daripada barang tidak alih pula adalah seperti tanah dan bangunan. Penggadai tidak mempunyai hak memegang barang gadaian.
available water holding capacitykeupayaan memegang air tersediaPertanianAgroteknologiTahap keupayaan sesuatu jenis tanah untuk menyimpan air. Tahap ini dipengaruhi oleh ciri-ciri seperti tekstur tanah dan kandungan bahan organik. Tanah yang liat mempunyai tahap keupayaan memegang air tersedia (4.0 mm/cm) yang tinggi berbanding tanah pasir (0.6 mm/cm). Kandungan bahan organik yang tinggi juga akan meningkatkan keupayaannya, terutama tanah pasir.
harnessabah-abahAeroangkasaTiadaTali pengikat untuk memegang sesuatu seperti juruterbang pada kerusinya, penerjun dengan payung terjun dan kargo pada lantai.,Laju penerbangan yang ditunjukkan oleh alat penunjuk kelajuan tanpa pembetulan ralat.,Tali pengikat untuk memegang sesuatu seperti juruterbang pada kerusinya, penerjun dengan payung terjun dan kargo pada lantai.
universal vicevais universal/vais semestaKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat pemegang yang dipasang pada meja kerja dalam bengkel yang digunakan untuk memegang bahan kerja. Pemegang ini boleh memegang benda kerja dalam keadaan pelbagai sudut bagi memudahkan kerja pemotongan dan pembentukan.
assume dutiesmemegang kerjaPentadbiranTiadaTiada
handlingpengelolaan; pengendalian; memegang; pengolahanPendidikanTiadaTiada
handlingpengelolaan; pengendalian; memegang; pengolahanPentadbiranTiadaTiada
handlingpengelolaan; pengendalian; memegang; pengolahanPerikananTiadaTiada
holding beamalur memegangKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas